Home » Happy 10th Anniversary Legoland!

Happy 10th Anniversary Legoland!

Happy 10th Anniversary Legoland! Dah 10 tahun dah kewujudan Legoland. Pertama kali masuk Legoland bawa Abang Ilham dalam stroller. Dia pun tak faham satu benda masa tu. Sekarang kalau sebut je Legoland selagi tak bawa selagi tu dia ulang sampai Ummi hijo.

Sempena ulangtahun Legoland banyak aktiviti dan persembahan yang bakal disajikan kepada para pengunjung sepanjang September 2022.

Korang boleh tengok LEGO Anniversary Cake setinggi 12 kaki yang dibuat daripada 90,000 LEGO DUPLO bricks. Kat atas kek tu siap ada LEGO Burung Enggang, Wau dan Bunga Raya.

Antara aktiviti menarik sepanjang September:

Build Your Very Own LEGO DOTS Mosaic

Best Birthday LIVE Shows Ever

Birthday Weekend Special Dance Party (15 – 18 September 2022)

10th Birthday Lucky Draw

Tahniah Makcik! Emak kepada Shuhada Ombak Bergigi berjaya mendapat lucky draw yeay!

Pembelian barangan LEGOLAND minimum RM99 melayakkan korang memenangi hadiah cabutan  bertuah bernilai sehingga RM50,000. Hadiah best sangat tau. Antaranya LEGOLAND Hotel Stays, LEGOLAND Day tickets, LEGOLAND Annual Passes, LEGO Sets & exclusive LEGOLAND merchandise. Cabutan bertuah hanya pada hari Jumaat hingga Ahad, Cuti Umum dalam bulan September dan 15 September sempena tarikh ulangtahun LEGOLAND.

Nak bawa balik hadiah lagi?

Lengkapkan kesemua aktiviti kat bawah ni, dapatkan cop di tangan untuk setiap aktiviti yang korang sertai. Redeem hadiah di Redemption Booth.

Balloon Sculpting Workshop

Slam Dunk Fun

DOTS Photobooth

Cupcake Hunt

Gigih Ummi melayan abang-abang ni tau. Berpeluh ketiak nak cukupkan semua aktiviti. Lagi berpeluh nak mencari cupcake tersembunyi hahaha. Tapi kami enjoy! Ada 9 lokasi cup cakes yang tersembunyi. Sila kumpulkan kesembilannya dan snap gambar. Bila dah cukup, tunjukkan gambar di Redemption Counter.

Taraaaa.. hasilnya dapatlah hadiah sorang satu hehehe.

 LEGOLAND Exclusive Deals!

Kanak-kanak berusia 11 tahun ke bawah boleh masuk LEGOLAND secara PERCUMA pada minggu birthday diorang dengan pembelian tiket dewasa 1-Day Double Park atau 1-Day Triple Park. Layak juga mendapat surprise, button badge dan RM20 retail voucher.

Kanak-kanak berusia 11 tahun ke bawah yang memiliki Triple Park Annual Pass boleh membawa kawan atau ahli keluarga pada minggu birthday (terhad kepada 1 tiket kanak-kanak Double atau Triple Park sahaja)

Pemegang Annual Pass akan dapat 10% diskaun untuk pembelian F&B dari 15 – 30 September 2022.

Dapatkan hadiah eksklusif 30582 LEGO Birthday Bear secara PERCUMA dengan pembelian LEGO Playsets bernilai RM199 ke atas di LEGOLAND Malaysia’s Retail stores. Sementara stok masih ada!

Info lanjut korang boleh rujuk:

Website: https://www.legoland.com.my/explore/shows-entertainment/10th-anniversary

Facebook: https://www.facebook.com/legolandmalaysia/

Instagram: https://instagram.com/legolandmalaysia

Beli tiket di sini:
https://www.legoland.com.my/tickets-passes/day-tickets/

Tempahan tiket awal diskaun 25% eksklusif untuk rakyat Malaysia sahaja.

#LEGOLANDMY10 #CELEBRATEAWESOME #LEGOMY10 #AWESOME10 #LEGOLANDMalaysia #LEGOLAND #LEGOLANDThemePark #bloggerjohor #lifestyleblogger #JDTBlogger #herneenazirdotcom

Baca juga: Celebrate 90 Years of Play With LEGO® At LEGOLAND® Malaysia Resort

 977 total views,  3 views today

Related Posts

2 thoughts on “Happy 10th Anniversary Legoland!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!
Exit mobile version