Pelancaran Rasmi Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare di Majlis Pembukaan Chicco Mid Valley Southkey

Parenting

Pelancaran Rasmi Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare di Majlis Pembukaan Chicco Mid Valley Southkey | Rekaan perlindungan inovatif yang memenuhi keperluan setiap kanak-kanak.

Chicco Malaysia yang melancarkan Pelan Perlindungan Kerusi Kereta  Kanak-Kanak ChiccoCare di majlis pembukaan cawangan baru mereka di Mid Valley Southkey,  Johor Bahru adalah bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa agar lebih mengutamakan  keselamatan anak-anak, terutamanya bayi yang baru lahir. 

Diasaskan pada 1958 oleh Pietro Catelli dengan visi mencipta jenama khusus untuk penjagaan  bayi, Chicco menempatkan rangkaian produk yang komprehensif dari peringkat bayi hingga 36  bulan, secara langsung menjadikan beliau perintis dalam industri. 

Jenama ini mendapat sambutan hangat di kalangan ibu bapa dan terus meneraju pasaran Italy  dengan pantas sekaligus ke peringkat antarabangsa. Chicco telah beroperasi selama lebih 60  tahun dan kini boleh didapati di 120 negara, termasuk Malaysia.

Pelan ini memberi perlindungan ke atas semua rangkaian produk kerusi kereta kanak-kanak  ChiccoCare yang dibeli di cawangan asal, peruncit sah serta belian atas talian. Kerusi keselamatan  kereta kanak-kanak Chicco layak mendapatkan pertukaran 1 dengan 1 sekiranya berlaku  kemalangan dalam tempoh sepuluh tahun selepas pembelian. Manakala, kerusi kereta Chicco  yang terjejas akibat banjir layak mendapat diskaun sebanyak 20%.

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat merupakan antara yang hadir ke majlis pelancaran rasmi Pelan  Perlindungan Kerusi Kereta ChiccoCare serta pembukaan cawangan baru Chicco di Mid Valley  Southkey. Acara itu turut dilancarkan dengan penampilan ahli perniagaan dan YouTuber  tempatan, Inthira Kalanjiam. 

Selebriti Ayda Jebat yang merupakan pengguna setia Chicco sejak 2021 berkata, “Saya sangat  yakin dengan produk Chicco. Selain membantu saya dalam kesibukan pekerjaan semenjak saya  melahirkan pada tahun lepas, kerusi kereta Chicco juga memberi kemudahan dalam kehidupan  harian saya. Jadi, apabila Chicco melancarkan pelan perlindungan ini, saya dan terutamanya para  ibu, rasa terjamin tentang keselamatan dan kesejahteraan anak-anak kami.” 

“Sebagai perintis dalam sektor produk bayi, kami komited dalam menyediakan peralatan terbaik  untuk keluarga di Malaysia supaya anak-anak mereka dapat membesar dengan selamat.”, kata  Alex Chan, Pengarah Urusan Sunup Healthcare Sdn. Bhd., selaku pemilik Chicco Malaysia. 

“Pasukan kami juga peka terhadap hakikat bahawa dalam masa yang sukar ini, kami tidak mahu  membebankan keluarga dari segi kewangan. Justeru itu, pelan perlindungan ini memberi  kemudahan dan keutamaan kepada ibu bapa di Malaysia serta keselamatan anak-anak mereka  terjaga,” katanya. 

Beliau juga menekankan kepentingan ibu bapa memilih kerusi kereta yang sesuai untuk anak anak mereka berdasarkan saiz, umur dan keperluan mereka. 

Melindungi Generasi Seterusnya Adalah Tanggungjawab Kita 

Menurut kajian, lebih separuh daripada kanak-kanak di Malaysia tidak dilindungi semasa dalam  perjalanan dan lebih daripada 82% kes, kerusi keselamatan kanak-kanak tidak dipasang dengan  betul. 

Selain itu, kerusi keselamatan kanak-kanak yang dipasang menghadap belakang dapat  mengurangkan risiko kecederaan ketara sebanyak kira-kira 90% manakala pandangan hadapan  mengurangkan risiko kematian dan kecederaan sebanyak kira-kira 71% berbanding dengan  kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya di atas jalanraya. 

Pelancaran Rasmi Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare di Majlis Pembukaan Chicco Mid Valley Southkey

Tanggungjawab ibu bapa turut memainkan peranan dimana mereka perlu memastikan tidak menggunakan semula kerusi keselamatan kanak-kanak yang rosak atau terpakai, serta kerusi  kereta yang telah terlibat dalam kemalangan.

Pelan Perlindungan Untuk Anak Anda 

Majoriti pelanggaran yang berlaku adalah dari bahagian hadapan, yang menjadikan tempat  duduk belakang tempat paling selamat untuk memasang kerusi kereta kanak-kanak. Kemalangan  yang melibatkan anak kecil sangat membimbangkan para ibu bapa. Memandangkan kerusi kereta  keselamatan kanak-kanak telah diwajibkan pada 2020 oleh menteri pengangkutan, Chicco  memberikan keselesaan kepada ibu bapa dengan adanya Pelan Perlindungan Kerusi Kereta  Kanak-Kanak ChiccoCare. 

Jaminan Untuk Ibu Bapa Melancong Bersama Anak-Anak

Dengan Chicco, keselamatan anak anda terjamin pada setiap masa dengan penggantian kerusi  kanak-kanak yang rosak akibat kemalangan atau bencana. Chicco memahami ibu bapa dan anak anak merupakan harta paling berharga. Oleh itu, keutamaan keselamatan mengatasi segala galanya. 

Kerusi kereta Chicco memberikan keyakinan kepada ibu bapa bahawa anak-anak mereka berada  di tempat duduk paling selamat dan terbaik. Jenama ini bukan sahaja menawarkan tempat duduk  berkualiti, tetapi ia juga memberi jaminan tambahan dengan menawarkan pelan perlindungan  yang akan memastikan kanak-kanak selamat dan terjamin di tempat duduk kereta yang sesuai  dengan umur mereka. 

Pelancaran Rasmi Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare di Majlis Pembukaan Chicco Mid Valley Southkey

Kerusi kereta kanak-kanak Chicco adalah lebih dari sekadar tempat duduk kerana ia direka  dengan reka bentuk yang inovatif dan diuji bagi mengelakkan kecederaan dan menyelamatkan  nyawa sekiranya berlaku pelanggaran. Jika tempat duduk kereta terlibat dalam kemalangan,  Chicco mengesyorkan untuk menggantikannya tanpa mengira tahap kerosakan akibat  kemalangan. Untuk semua pembeli kerusi kereta kanak-kanak Chicco sejak 2018 yang memiliki bukti resit  pembelian, anda boleh mendaftar untuk Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak  ChiccoCare disini. Seluruh barisan produk Chicco boleh didapati di cawangan Chicco di aras LG  029 dan 030 di The Mall, Mid Valley Southkey.

Laman Web : https://chiccocare.chiccomalaysia.com/
Facebook : www.facebook.com/chiccomalaysia
Instagram : www.instagram.com/chiccomalaysia
YouTube : Chicco Malaysia – YouTube
Tiktok : Chicco Malaysia

Baca juga: SUNWAY Hotel Big Box Launches Exciting “Welcome Back Neighbours!” Promotion Package 

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!