Pendaftaran Kemasukan Ke Tahun Satu Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2023/2024

Pendaftaran Kemasukan Ke Tahun Satu Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2023/2024

Pendaftaran Kemasukan Ke Tahun Satu Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2023/2024 | Permohonan Online ke Tahun Satu bagi ambilan 2023 dan 2024 akan dibuka bermula pada 1 Mac 2022 sehingga 30 April 2022. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan).

PERMOHONAN SECARA ONLINE: https://public.moe.gov.my

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN TAHUN 1 AMBILAN 2023/2024

  • Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017
  • Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018

Proses pendaftaran:

  • 1 Mac – 30 April 2022 – Pendaftaran secara atas talian
  • 1 Ogos 2022 – Keputusan Penempatan
  • 1 – 30 Ogos 2022 – Rayuan dibuka
  • 1 Oktober 2022 – Keputusan Rayuan

Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara:

  1. Permohonan melalui online:  https://public.moe.gov.my/
  2. Permohonan manual di sekolah (APDM)

Pendaftaran Kemasukan Ke Tahun Satu Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2023/2024

CARA PENDAFTARAN ONLINE MURID TAHUN 1 SESI 2023/2024

  1. Sila layari https://public.moe.gov.my/
  2. Isi Butiran Lengkap – Login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan. Klik pada ‘Pendaftaran Tahun Satu’ dan isi maklumat lengkap.
  3. Cetak – Cetak borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEPERTI BERIKUT:

  • Sijil Kelahiran Anak (salinan dan sijil asal
  • Kad Pengenalan Ibu Bapa (salinan dan asal)
  • Bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
  • Sampul surat standard dan setem
  • Laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh akhir permohonan adalah 30 April 2022.

Tarikh Rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2022

Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2022

PENTING!!! Sediakan juga buku kesihatan untuk melengkapkan maklumat berkaitan imunisasi anak masing-masing.

Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat palsu dan mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.

Baca juga: Sesi Persekolahan Penggal 3 2021/2022 & Kalendar Akademik Sesi 2022/2023

Follow HERNEENAZIRDOTCOM

 1,527 total views,  4 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *