Home » Shopping Buku di The Big Bad Box Sale

Shopping Buku di The Big Bad Box Sale

Shopping Buku di The Big Bad Box Sale | Cerita semalam, Ummi ke Lotus’s Desa Tebrau semata-mata nak grab buku-buku dari Big Bad Wolf Books sempena The Big Bad Box Sale All-You-Can Read Bonanza yang kembali lagi di selatan tanah air. Lokasinya di kawasan parkir di bahagian tengah berdekatan juga dengan food court.

Jom tengok apa yang Ummi grab dan macamana cara nak membeli buku-buku ni.

Cara untuk membeli-belah:

1️⃣ Korang boleh pilih saiz kotak kecil atau besar di kaunter bayaran.
Simpan resit bayaran sebagai rujukan.

KOTAK SAIZ KECIL – RM99.90
KOTAK SAIZ BESAR – RM119.90
KOMBO HARGA DISKAUN – RM199.90

2️⃣ Isikan kotak dengan buku pilihan.

3️⃣ Tutup rapat kotak.

4️⃣ Teruskan ke kaunter keluar untuk seal kotak dan tunjukkan resit bayaran. Siap!

Korang bukan hanya boleh membeli buku Bahasa Inggeris, kerana rakan kongsi Big Bad Wolf Books dan pengedar tempatan Malaysia, Kualiti Book ada juga membawakan pelbagai judul buku pendidikan dan hiburan berbahasa Melayu dari IMAN Shoppe, Pelangi, PTS, Pustaka Azhar, Sasbadi, The Patriots dan banyak lagi. Kualiti Books akan dikecualikan daripada Tawaran Kotak ALL YOU CAN READ, tetapi pelanggan masih boleh menikmati tawaran lain dari serendah RM2.

Pelanggan Lotus yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM99.90 dalam satu resit di The Big Bad Box Sale juga akan layak mendapat diskaun 5% daripada jumlah pembelian. Untuk menebus diskaun, pelanggan hanya perlu menunjukkan resit sebarang nilai daripada pasar raya Lotus.

Baca juga: Big Bad Wolf Books Unveils“The Big Bad Box Sales” For Johoreans To Indulge In An All-You-Can-Read Bonanza!

Sampai di rumah..

Korang berebut-rebut nak unboxing ya. Sabar.. sabar..

Ini buku Syahid yang punyaaaaaaa.. hahahaha

Hasil Ummi mencandat sotong buku di The Big Bad Box Sale Lotus’s Desa Tebrau. Dapatlah 15 buah buku campur-campur untuk kids dan Ummi. Yang part doodle tu ada yang Ummi punya dua ketul hehehe.

Bila dah unboxing satu-satu wahhh rasa berbaloilah Ummi berpeluh ketiak memilih buku-buku ni dengan keadaan rushing hahaha. Semua buku-buku memang sesuai dan disukai oleh The Ilhams. Yeay! I’m one happy mama!

Korang yang nak carikan buku bacaan atau aktiviti untuk diri sendiri dan anak-anak dengan harga berpatutan, bolehlah ke The Big Bad Box Sale cepat-cepat ya. Ada baki beberapa hari lagi. Selamat membeli-belah!

THE BIG BAD BOX SALE (“CHANGE THE WORLD, ONE BOOK AT A TIME”)

📍 Lotus’s Desa Tebrau
📆 23 Mac hingga 3 April 2022
⏰ 10:00am hingga 10:00pm

Untuk maklumat lanjut, boleh lawati:
Corporate Website: https://bigbadwolfbooks.com/
Facebook: https://www.facebook.com/bbwbooks
Instagram: @bigbadwolfbooks
Twitter: https://twitter.com/bigbadwolfbooks

 635 total views,  1 views today

Related Posts

2 thoughts on “Shopping Buku di The Big Bad Box Sale

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!
Exit mobile version