Home » Lunch di SDS Bakery & Cafe Taman Nusantara

Lunch di SDS Bakery & Cafe Taman Nusantara

Lunch di SDS Bakery & Cafe Taman Nusantara | Cerita bulan Januari, sebelum balik ke Senggarang, Batu Pahat sempat singgah merasmikan new SDS outlet di Taman Nusantara Gelang Patah. Kenapa kami bertiga beranak je? Mana Abang Ilham dan Abang Syamil? Ohhh masa ni diorang tengah berjimba ke KL ikut Mama Cu dan Papa Cu.

Jom tengok apa yang kami makan.

Macam biasalah Ummi dan Seafood Marinara tak dapat dipisahkan hehehe. Mesti nak order yang sama ek tak tahulah kenapa hahaha. Sebab memang in love dengan Seafood Marinara SDS ni.

Babah makan set nasi. Ummi lupalah nama set ni apa. Nasi goreng dan daging ada black pepper sauce tak silapnya. Not bad.

Syahid makan set ni. Ada sausage, mushroom, nugget. Ummi Babah pun mengecek sekali siap tapau sebab tak habis hahahaha.

Air Ummi dan Babah Ice Lemon Tea. Budak kecil sorang tu minum air mineral je. Bagi gambar kat Abang Ilham tengok kami makan apa, terus je dia bengkek hahaha. Dia kata sampai ahti Ummi makan sedap tak ajak dia. Ewahhhhh dia jalan jauh tak ingat Ummi tu boleh pulak.

Lunch di SDS Bakery & Cafe Taman Nusantara

Inilah Luas outlet ni. Sesuailah kalau korang nak buat birthday party ke reunion ke. Memang selesa sangat. Ok korang, nanti post akan datang, kita tengok apa menu Ramadan yang bakal disajikan di SDS Bakery & Cafe ni ya. Till then, have a nice weekend!

SDS Bakery & Cafe Taman Nusantara

 Alamat:
Jln Nusaria 11/5, Taman Nusantara, 81550 Gelang Patah, Johor

Facebook: https://www.facebook.com/sdsgroups

Baca juga: Lunch di SDS Bakery & Cafe AEON Bukit Indah

 2,094 total views,  9 views today

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!
Exit mobile version