Home » Lunch di Richiamo Coffee Puteri Harbour

Lunch di Richiamo Coffee Puteri Harbour

Lunch di Richiamo Coffee Puteri Harbour | Cerita beberapa minggu lepas, lunch dengan Geng Makan Marine. Arghhhh Ummi ko memang ramai geng, especially geng makan. Memacam tajuk geng makan Ummi hahaha. Dah lama Ummi nak try kopi kat Richiamo ni, tapi tak ada kesempatan. Bila tahu dah ada branch kat Puteri Harbour, marilah kita cuba. Dah dekat sangat tak cuba juga tak tahu lah hehehe.

Lepas hajat coffee hunting di Richiamo Coffee hehe. Chocolate Lava Muffin tu Nazam punya.

Iced Caramello Latte untuk Ummi.

Ummi dan Nazam makan Spaghetti Carbonara. Mula-mula order Nasi Putih Ikan Patin Tempoyak, tapi rasa macam malas nak makan nasi pulak. Terus tukar menu. Next time kita cuba Nasi Putih Ikan Patin Tempoyak. Ok sedap spaghetti carbonaranya. Cuma rasa kenyang tak berapa padu haha. Dasar kuat makan. Padan muka siapa suruh cancel nasi hahaha.

Yap makan Nasi Putih Asam Pedas Ikan Tenggiri. Not bad asam pedasnya.

Kak Ain diet ni hahaha. Dia makan croissant je dengan Hot Capuucino kot tak silap.

Lunch di Richiamo Coffee Puteri Harbour

Abaikan pipi dan dagu Ummi yang bergabung meletups tu ya. Aduhaiii makin debab ni tapi tak insaf lagi. Kerja aku, makan, makan, makan, makan, makan hahaha.

Total makan semuanya RM95.80. Boleh tahan la. Nak cakap sedap sepenuhnya baru makan satu menu hehehe.

Lepas minum kopi ni senoneng pulak kepala Ummi hahaha. Sebab kekenyangan dan menahan rasa mengantuk mungkin. Siap sambung habiskan latte kat office tu ha hehehe.

Korang yang nak mengopi santai bolehlah ke Richiamo Coffee Puteri Harbour. Dekorasi simple dan cantik konfem mengopi sampai tak sedar masa berlalu hehehe. Lokasinya dekat Puteri Cove Quayside berdekatan dengan The Pasar dan juga Hard Rock Cafe Puteri Harbour.

RICHIAMO COFFEE PUTERI HARBOUR

Alamat: LG2-33 Puteri Cove Quayside, Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor.

Facebook: Richiamo Coffee Puteri Harbour

Instagram: @richiamo.puteriharbour

Coffee Hunting: Pertama Kali Mencuba ZUS Coffee

 1,427 total views,  3 views today

Related Posts

2 thoughts on “Lunch di Richiamo Coffee Puteri Harbour

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!
Exit mobile version