Home » Lunch Menu Ala Carte di Restoran Johnny’s

Lunch Menu Ala Carte di Restoran Johnny’s

Lunch Menu Ala Carte di Restoran Johnny’s | Semenjak dua menjak PKP memang dah jarang la muncul entri Geng Jumaat ni kan. Lagilah Work From Home(WFH) ada masa terkena masuk office hari Jumaat ada masa tak kena. Jadi bila ada timing elok tu, bergegaslah Ummi ajak Noni lunch sama-sama. Lunch berdua je, Kak Leen WFH, Eqa nun di Pengerang memang tak cukup quorum dah. Rasanya last lunch sama-sama masa ni, Geng Jumaat Masih Wujud.. Lunch di Sushi King AEON Bukit Indah.

Sejujurnya ada sekali je rasanya Ummi order menu ala carte di Restoran Johhny’s ni. Selebihnya memang makan steamboat je la. Memang anak beranak peminat tegar steamboat Johnny’s. Apa yang kami order? Jom tengok

BBQ Beef Noodle

Menu ni sebenarnya menu yang diidamkan oleh si Noni hahaha. Dia nak sangat makan BBQ Beef Noodle ni. Ummi lupa nak rasa sikit sedap ke tak. Tapi Noni kata sedap. Air pilihan Guava De Soursop Juice.

Prawn Tomyam with Bee Hoon

Ummi pula makan bee hoon tomyam udang. Pedas dan sedap bersama air ice lemon tea. Kebetulan warna makanan dan air kami sedondon dengan warna baju tapi terbalik hahaha.

Thai BBQ Chicken Wings

Additional order, kami order Thai BBQ Chicken WIngs. Sebelum ni memang Ummi tak pernah order pun chicken wings ni. Tapi Mama Cu pernah bagitahu yang chicken wings nya sedap. Masa ni kami order satu set je, ada 3 ketul chicken wings. Sekali rasa macam eh tak cukuplah. Lalu kami pun order satu set lagi hahaha. Ohhhh betullah memang sedap Thai BBQ Chicken WIngs ni. Sosnya tu pun sedap weh. Oleh kerana sos steamboat Johnny’s yang sedaplah Ummi gigih buat Homemade Steamboat Bersama Sos Steamboat Ala Johnny’s.

Lepas makan macam biasalah, kami duk pusing-pusing menghabiskan waktu rehat yang tak berapa panjang tu hehehe. Sempat jugalah nampak kedai saka yang bakal dibuka di AEON Bukit Indah. Kedai apa? Nanti Ummi kongsikan dalam entri seterusnya. Sebenarnya dah kongsi kat facebook page pun last week, padahal masa tahu tu dari bulan 11 kot hehe. Biasalah Ummi Ilham kan suka peram gambar, peram entri hehehe. Ok till then, see you when i see you :p

Jom follow Instagram >> @herneenazir

 603 total views,  3 views today

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!
Exit mobile version