Hi Monday! Please Be Awesome!

Rambling
Hi Monday! Please Be Awesome!

Hi Monday! Please Be Awesome! | Kemain tajuk. Saja nak ambil mood bekerja dari office. Pagi kekonon malas nak breakfast, tapi perut berkeroncong pulak. Bancuhlah nescafe secawan, tapau nasi goreng bersama ayam goreng dari cafe.

Nampak ada sambal udang petai berpiring-piring. Ikut nafsu nak je beli tapi memikirkan takut satu office bau petai jadi malas nak beli hahaha. Agak-agak berapa harga sepiring tu? Sepiring sambal udang petai tu RM7. Boleh tahan kayangan.

Tok Ayah tak sihat dua tiga hari ni. Mama Cu masakan asam pedas dan asam rebus nenas ni. Kebetulan Ummi balik nak hantar Abang Ilham ke sekolah agama, sempatlah Ummi tumpang lunch rumah Mama Cu. Perghhhh mantap. Asam rebus ikan kembung dengan nenas ni style arwah emak dilawan dengan budu dari kampung Nenek. Kekonon cakap banyak sangat senduk nasi. Sekali ehhh habis nasi dengan dua ekor ikan budu pun licin hahaha. Terus lupa sambal udang petai cafe hahaha.

Budak kecil ni, tak tahulah semenjak dua menjak ni baik sangat dengan Ummi. Selalu kadang macam tak nak layan Ummi. Ni ummi nak makan pun dia duk menjengah muka Ummi suruh tegur dia hahaha. Bertuah punya Saqeef.

Balik semula office mata mak kau dah berat nak. Dia punya mengantuk tak boleh bawa bincang. Sampai berair mata, hidung pun datang selsema tetiba hahaha. Tup-tup kena join meeting. Bertabah la mata ko kelabu asap tengok presentation. Nasib bertahan tak tersengguk hahaha.

Habis meeting melantak pisang goreng cheese Kak Ain belanja. Aduhaiii mengantuk masih ada makan tetap onz hahaha. Sambil makan sambil istighfar, esok nak diet hahaha. Kirim salamlah diet. Yang penting sedap.

Ni tempatnya kalau korang nak beli Pisang Cheese by Bananas untuk area Gelang Patah. Boleh waze alamat tu ya. Oklah itu saja update Monday yang sangat awesome sampai banyak sangat lemak-lemak Ummi tambah hari ni. Apa taknya, balik kerja masak pulak Kambing Perap Pak Mat Western. Next post Ummi share ya.

Tak tahu nak bawak anak-anak kemana cuti sekolah nanti? Apa kata korang ke Legoland Malaysia Resort sempena Friendship Fest bermula 3 Disember 2021 hingga 9 Januari 2022.

For more information on the exciting line-up of activities, head over to the official website, https://www.legoland.com.my/explore/shows-entertainment/friendship-fest-1/  or via the social media pages on Facebook and Instagram.

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Hi Monday! Please Be Awesome!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!