Home » Pertama Kali Mencuba ZUS Coffee

Pertama Kali Mencuba ZUS Coffee

Pertama Kali Mencuba ZUS Coffee

Pertama Kali Mencuba ZUS Coffee | Semenjak dua menjak ZUS Coffee tumbuh macam cendawan kat Johor ni, Ummi rasa teruja nak mencuba. Setakat ni ZUS Coffee paling dekat dengan Gelang Patah, ZUS Coffee Pekan Nenas. Tapi Ummi tak pernah ke sana pun hehehe. Ummi doa-doa ni harap ZUS Coffee buka la satu outlet kat Iskandar Puteri hehehe.

Pertama Kali Mencuba ZUS Coffee

Pertama kali Ummi try Iced Spanish Latte, Mama Cu belanja hasil Coffee Hunting di ZUS Coffee Bandar Baru Uda. Serious sedap Iced Spanish Latte ZUS Coffee padu rasanya. Sempat Ummi google recipe hahaha. Senang je boleh try kat rumah. Lebih kurang je cafe latte Ummi buat kat rumah cuma Spanish Latte dia ada bubuh condensed milk.

Coffee Hunting di ZUS Coffee Bandar Baru Uda

Pertama Kali Mencuba ZUS Coffee

Last week malam apa entah tak ingat, Babah dan Uncle ke Stadium Sultan Ibrahim tengok perlawanan bola sepak JDT vs Kedah, kami apa lagi ronda-ronda bandar sambil menyinggah ZUS Coffee Bandar Baru UDA hehehe. Gigih la Ummi drive ke sana malam-malam hari dengan anak ciak-miak kata orang tua.

Mama Cu je la yang turun tapau. Ummi tolong jaga Saqeef dan The Ilhams dalam kereta. Kalau semua turun hilanglah mood nak mengopi mak-mak hahaha.

Pertama Kali Mencuba ZUS Coffee

Pertama Kali Mencuba ZUS Coffee

Kali ni Ummi mencuba Iced Caramel Macchiato pulak. Sementara Mama Cu dengan favourite drinks dia Iced ZUS Signature Chocolate. Ada satu lagi kami share sebab nak rasa sedap ke tak ZUS Coffe Gula Melaka. Iced Caramel Macchiato ZUS Coffee pun sedap ya ampun. Iced ZUS Signature Chocolate tu pun memang padu rasanya. ZUS Coffee Gula Melaka je yang Ummi tak berapa layan sangat lah rasa dia. Mungkin baru try kot. Kena try sekali lagi rasanya ekekeke.

Pertama Kali Mencuba ZUS Coffee

Overall Ummi suka ZUS Coffee. Next time Ummi plan nak me time dengan Mama Cu sambil duduk layan food kat ZUS Coffee. Anak-anak sila tinggal dengan ayahanda kalian ya. Mak nak ngepak kejap hehehe. Oklah, ada lagi sesi “Coffee Hunting” yang Ummi nak share tunggu next post ya.

Jom layan video unboxing >> Unboxing BS BOSS Espresso Coffee Machine

 87 total views,  8 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!