Buat Teh Tarik (Pulled Milk Tea) Menggunakan Thermomix TM6

Blogger Review
Buat Teh Tarik (Pulled Milk Tea) Menggunakan Thermomix TM6

Buat Teh Tarik (Pulled Milk Tea) Menggunakan Thermomix TM6 | Alhamdulillah dua minggu lepas Ummi berkesempatan tengok sendiri Maknim buat teh tarik atau nama omputihnya pulled milk tea menggunakan siapa lagi kalau bukan bibik german yang tengah top iaitu Thermomix TM6. Teh tarik ni antara menu paling hot dalam list menu thermomix. Dapatlah juga makan beberapa menu hasil masakan si bibik german, Nampak tu beratur menu yang Maknim sediakan untuk tetamu.

Buat Teh Tarik (Pulled Milk Tea) Menggunakan Thermomix TM6

Resipi semuanya boleh rujuk online di COOKIDOO. Ada lebih kurang 70,000 tripled-tested recipes. Pemilik Thermomix TM6 juga dibekalkan dengan The Basic Cook Book ni. Boleh masak resipi yang ada sampai lebam. Ok tak payah banyak bebel jom tengok macamana Thermomix TM6 Maknim ni buat teh tarik yang sedap.

Buat Teh Tarik (Pulled Milk Tea) Menggunakan Thermomix TM6

Jom buat Teh Tarik (Pulled Milk Tea) dengan Thermomix TM6

? MakNim 012-786 3424

Follow IG @maknim_thermie

Ummi snap mana step yang Ummi sempat je la kan. Maaf pengguna TM6 kalau ada yang tersalah hehehe, Almaklumlah Ummi tak ada TM6. Ummi tumpang TM6 Maknim je hehehe. Before that, enjoy reel video dari Ummi.

Cara Buat Teh Tarik Menggunakan Thermomix TM6 – Step by Step

Buat Teh Tarik (Pulled Milk Tea) Menggunakan Thermomix TM6

First of all, mestilah on kan TM6 dan wifi korang tu kan hehe. Kang kalau tak on kan macamana bibik german ni nak masak. Then pilihlah Teh Tarik (Pulled Milk Tea) di digital touch screen tu. Haaaa keluar segala bahan nak buat teh tarik. Siap sukatan semua lengkap.

Buat Teh Tarik (Pulled Milk Tea) Menggunakan Thermomix TM6

Masukkan 4 sudu besar serbuk teh atau 12 beg teh uncang bersama 100g atau 1 liter air. Ok Maknim guna serbuk teh.

Buat Teh Tarik (Pulled Milk Tea) Menggunakan Thermomix TM6

Masak dalam suhu 90°C, 7 minit, speed 1 (reverse spoon). Dalam masa menunggu tu sempatlah pot pet berborak kalau tak ada tetamu mungkin Maknim dah boleh mengemas atau buat aktiviti lain dengan Adam.

Buat Teh Tarik (Pulled Milk Tea) Menggunakan Thermomix TM6

Dah siap tapiskan air teh yang dah siap dimasak tadi.

Buat Teh Tarik (Pulled Milk Tea) Menggunakan Thermomix TM6

Lepas tu masukkan semula air teh tadi ke dalam stainless steel jug/ mixing bowl.

Buat Teh Tarik (Pulled Milk Tea) Menggunakan Thermomix TM6

Next, tambah 150 hingga 230 gram susu pekat. Adjust ikut level kemanisan kesukaan masing-masing.

Teh Tarik Thermomix

Next, masukkan susu cair atau susu segar 120 gram.

Teh Tarik Thermomix

Tutup semula lid dan blend 10 seconds, speed 8.

Teh Tarik Thermomix

Teh tarik Thermomix siap!

Teh Tarik Thermomix

Ok mai secawan untuk Ummi. Setelah diteguk sekali dua kali. Ok lulus Teh Tarik Maknim. Sedap kaw. Dah boleh bukak kedai depan rumah hahaha. Makan pulak dengan Lava Chocolate Cake bersama aiskrim vanilla memang layan. Senang hati ya Ummi tumpang lunch cum hi-tea kat rumah Maknim.

Korang yang ada bajet dan memang tercari-cari Thermomix Advisor bolehlah contact Maknim ya. Info lanjut kat bawah tu. Kalau nak minta Maknim datang rumah buat demo masakan pun boleh. Sangat-sangat dialu-alukan. Next trip nak request Maknim masak menu lain pulak. Ok tetamu over hehehe. Till then, jangan lupa contact Maknim.

? MakNim 012-786 3424

Follow IG @maknim_thermie

Aneka resipi: Dari Dapur Hernee Nazir

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!