Baja Organik Daripada Serbuk Kopi

Ummi Ilham's Mini Garden
Baja Organik Daripada Serbuk Kopi

Baja Organik Daripada Serbuk Kopi | Hai semua. Eh ada ke yang baca blog Ummi ni? hahaha. Thanks kalaubkorang sudi baca blog merapu ni. Hari ni Ummi nak share apa Ummi buat dengan serbuk kopi yang dah terpakai di rumah. Kalau sebelum ni Ummi beli baja kopi di nurseri, tapi sekarang Ummi dah tak beli lagi dah. Ummi guna serbuk kopi sebagai baja organik untuk pepokok kesayangan Ummi.

Baja Organik Daripada Serbuk Kopi

Serbuk kopi atau teh yang korang guna tu jangan dibuang. Jadikan baja pokok. Boleh tabur pada tanah atau korang rendam serbuk kopi tu dalam 3 hingga 4 hari lepas tu barulah disiram pada tanah.

Fakta menunjukkan kopi mengandungi nisbah unsur-unsur berikut iaitu 2% sebatian nitrogen, 0.3 fosforus, 0.3% kalium dan sedikit unsur mikronutrien. Korang boleh try dulu untuk beberapa pasu pokok dan tengok kerberkesanannya. Ada pokol yang serasi dan boleh membesar dengan jayanya selepas dibaja dengan baja kopi. Ada juga pokok yang tak serasi dan tiada apa-apa perubahan. Dari pembacaan Ummi dan rujukan dari group bercucuk tanam ramai je yang guna baja serbuk kopi ni, organik pun ya gak kan. Terpulanglah masing-masing punya pilihan. Selain baja organik serbuk kopi ni, Ummi juga ada guna baja tanaman EziGrow dari Hai-O. So far so good. Elok je bertambah pucuk baru. Tak ada masa nak buat review hehehehe.

Jom baca: Indoor Plants/ House Plants – Koleksi Terbaru Ummi Ilham’s Mini Garden

Jom follow instagram @ummiilhamsminigarden

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!