Jom Ambil Angin di Dataran Mahkota Kota Iskandar
Family's Activity

Jom Ambil Angin di Dataran Mahkota Kota Iskandar

Jom Ambil Angin di Dataran Mahkota Kota Iskandar | Setelah berkurung sekian lama, marilah kita ambil angin petang di Dataran Mahkota, Kota Iskandar. Memang sejak PKP anak-anak Ummi tak pernah jejak kawasan Iskandar Puteri ni. Sampai ke tahap anak-anak Ummi jakun tengok kawasan Gelang Patah dan Puteri Harbour hahaha.

Tujuan asal keluar ni sebab nak ke kedai gambar. Nak ambil gambar passport untuk Syamil punya borang sekolah agama. Tapi bila Babah offer untuk bersiar-siar kat sini kami pun excited la. Memang dari rumah Ummi doa harap-harap orang tak ramai serbu sini. Soalan yang terkeluar dari mulut Syamil, “Kitorang duduk dalam kereta je ke boleh turun?” hahaha. Sedih benor bunyinya. Sebab selalunya kalau ikut Ummi ke PTP ke, kedai ke memang diorang tak merasa turun kereta hahaha.

Ummi cakap boleh turun, tapi kena dengar arahan Ummi Babah. Alhamdulillah sempatlah pusing-pusing keluar peluh. Kat sini orang tak ramai jadi berani sikitlah Ummi Babah nak lepaskan. Semoga dijauhkan dari COVID-19 dan sebarang kemudaratan. Aamiin. Kalau area Marina Walk, Marina Sandy Beach, Puteri Harbour, Emerald Lake Sunway Iskandar tu semua orang memang ramai. Tak beranilah nak ke situ,

Jom Ambil Angin di Dataran Mahkota Kota Iskandar
Jom Ambil Angin di Dataran Mahkota Kota Iskandar

Memasing dah ready nak berbasikal. Abang Ilham punya basikal tak muat masuk boot. Jadi kita pinjam folding bike Mommy Ngah. Yang si kecil tu beriya sangat. Awal-awal je naik basikal lepas tu dah tak nak. Sebelum naik basikal tu memang panjang berjela la pesanan Ummi dia ni kan. Nak bersuka ria tu beringat sikit.

Jom Ambil Angin di Dataran Mahkota Kota Iskandar

The Ilhams in action! Lama tak dapat bebas.

Kasi can lah hero-hero Ummi menempel dalam blog. Dah lama mood blogging mak dia kelaut, bayang dorang pun kelaut juga lah hehe.

Jom Ambil Angin di Dataran Mahkota Kota Iskandar

Nasib baik budak kecil tu tak terjun kat kolam hahaha.

Jom Ambil Angin di Dataran Mahkota Kota Iskandar

Kemain diorang ni lepas pusing naik basikal dia berlari ke sana sini. Memang rezeki sangat tak ramai orang lepak sini. Kalau ramai memang tak lah kami nak turun.

Jom Ambil Angin di Dataran Mahkota Kota Iskandar

Duduk lepak lima beranak penat kejar budak cenonit tu. Ehhhh Babah la yang kejar bukan Ummi.

Jom Ambil Angin di Dataran Mahkota Kota Iskandar
Jom Ambil Angin di Dataran Mahkota Kota Iskandar
Jom Ambil Angin di Dataran Mahkota Kota Iskandar

Tak lama pun kat Dataran Mahkota ni. Lebih kurang sejam kot ke tak sampai. Jadilah dapat juga release tension. Tension mak dan anak-anak hadap PdPR hahaha, Pusing-pusing dataran ni tak seberapa, tapi boleh tahan lapar perut haha. Lupa bawa bekal makanan. Kami tak singgah makan ke tapau kat mana-mana sebab Mommy Ngah nak bagi shellout hehe.

Budak kecil sorang ni dah kepenatan. Dah berpeluh-peluh. Rambut dah basah dek peluh dah macam ekor tikus dah hahaha. Sebelum balik bagi dia basahkan tekak dulu. Habis susu sebotol baru gerak balik. Dah maghrib, marilah pulang ke sarang. Insha Allah kalau cuaca ok, kawasan tak terlalu padat dek orang ramai, kita riadah kat sini lagi. Jangan lupa tengok video kat youtube channel Ummi ya, like & subscribe sekali hehehe. Ok reels kat instagram pun ada kat bawah tu. Till then, babai!

Our short video at YouTube.

Our 30 seconds reels on instagram.

Jom baca: Ilham Syamil @ Dataran Mahkota, Kota Iskandar

 132 total views,  5 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *