Dinner Shell Out Di Rumah

Family's Activity
Dinner Shellout Di Rumah

Dinner Shell Out Di Rumah | Alhamdulillah rezeki, dari makan tengahari sampai ke makan malam Mommy Ngah sponsor lauk kami, Makan tengahari dia bagi ketam masak sos. Habis licin. Ketam memanglah favourite budak dua ketul ni. CUma kadanag-kadang Ummi malas nak layan sangat sebab penat nak jadi tukang kopek ketam. Tak ada peluang Ummi nak sumbat mulut sendiri hahaha. Asyik la mulut diorang je yang kena di dahulukan, Padahal Ummi sebenarnya ada masak kari ayam tau hari tu. Bila diorang dah nampak seafood diorang tak layan kari ayam Ummi sob sob. Kalau tahu tak payah masak terus. Syahid je layan kuah kari Ummi layan dengan ikan siakap goreng.

Lepas balik dari ambil angin di Dataran Mahkota, Kota Iskandar, semua hero-hero dikerah mandi. Sementara tu Ummi siap-siap masak nasi. Nasi tengahari habis licin hahaha. Lepas maghrib shell out pun sampai. Apa lagi, macam biasalah makan berjemaah anak beranak. Kemain meriah shell out Mommy Ngah ni ui ada ketam, kerang, kupang, lala. udang dan sotong. Semuanya mommy masak dengan masakan yang berbeza. Tak lupa ada jagung dan brokoli.

Dinner Shellout Di Rumah

Abang Ilham kata memang puas hati haha, Budak sorang ni memang nak makan sedap je. Badan selim juga haha, Syamil tu entah apa gaya la tu, Kalau boleh tak bagi snap tu. Syahid ada tu tak masuk frame. Dia duduk sebelah Ummi. Babah tu dah macam pak menteri, busy benor. Nak makan pun tak aman ada yang call. Reda je lah dah namanya kerja makan gaji.

Lepas makan macam biasa, Hero-hero ada tugas membasuh pinggan mangkuk. Jangan nak ngelat. Walaupun korang anak lelaki tak boleh bersenang lenang lepas makan ya. Sila tolong Ummi kemas. Ummi tak ada anak dara nak tolong dalam rumah ni jadi faham-faham sendiri. Tapi kekadang Ummi kasi diskaun juga la kat diorang ni. Ada masa Ummi tolong basuhkan. Aktiviti seterusnya semestinya marathon buat kerja sekolah. PdPR sampai lebam!

Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!