Resipi Ayam Sambal Goreng Sedap

Resipi Ayam Sambal Goreng Sedap | Alhamdulillah muncu juga tuan blog ni ya hehe. Ingatkan dah lupa blog sendiri. Ok dah lama juga tak kongsi resipi-resipi yang Ummi cuba. Bukan apa malas sangat nak snap gambar makanan hehe.

Ummi nak kongsikan resipi yang Ummi cuba dua hari lepas. Cuba sebab Ummi terkecur tengok kawan masak dan makan. Geram je tengok video dia gaul sambal tu kan hehe. Ummi minta dia kongsikan resipi, dia kata dia rujuk pada resipi Madam Musfirah di instagram.

Jadi marilah kita tengok resipinya. Mudah sangat bahan-bahannya.

Resipi Ayam Sambal Goreng Sedap

Resipi Ayam Sambal Goreng Sedap

Kredit resipi asal: Madam Musfirah

Bahan-bahan Ayam Goreng :

4 ketul ayam – dipotong kecil
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
serbuk kunyit & garam
minyak untuk menggoreng

Cara-cara :

Satukan semua bahan-bahan dan gaul sebati.
Goreng hingga ayam garing. Angkat dan ketepikan.

Bahan-bahan Sambal Goreng :

20 biji cili kering dicuci
8 biji bwg merah – dimayang halus macam nak buat bawang goreng.
1 sudu kecik belacan
½ cawan air asam jawa
garam & gula jika nak. Saya tak letak gula.
minyak untuk goreng cili dan bawang.

Cara-cara :

Goreng bawang merah yang dimayang tadi seperti membuat bawang goreng, angkat dan sejukkan.
Goreng cili kering dlm 3minit, api jgn besar supaya cili tak hangus, angkat dan sejukkan.
Simpan minyak gorengan utk diguna semula.
Kisar cili goreng, bawang goreng, belacan, garam dan air asam jawa.
Panaskan minyak tadi, tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan ayam goreng. Gaul sebati.

Serious memang sedap tau resipi ni. Mungkin kroang dah biasa masak. Bagi Ummi ini pertama kali masak gaya gini. Biasanya “ayam red” kegemaran Ilham lain la kan resipinya. Makan pula dengan nasi panas di saat perut tengah lapar, memang melampau-lampau menambah nasi hehehe. Bila tanya Ilham dan Syamil dia kata sedap. Diorang ni punya jawapan sangat diperlukan untuk Ummi repeat lagi di masa akan datang hahaha. Silalah reda wahai anak-anak kerana Ummi pun suka ayam masak sambal goreng ni.

Ok till then, Ummi stop dulu coretan malam ni. Semangat update blog sebab workstation berwajah baru sikit hahaha. Nanti Ummi kongsikan transformasi kali ke berapa entah hahaha. Selamat malam uolls. Stay safe! Semoga kita semua terhindar dari wabak COVID-19. Takziah buat semua yang kehilangan insan tersayang. Sehingga ke hari ni Ummi masih rasa sayu atas pemergian Almarhumah Siti Sarah Raisuddin. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Aamiin.

Jom baca koleksi resipi Dari Dapur Hernee Nazir.

 2,475 total views,  2 views today

6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!