Gabungan ‘Junior Chamber International’ Anjur Program ‘Learning Festival’ 2021 (7 & 14 Ogos 2021)

Info Sharing
Gabungan ‘Junior Chamber International’ Anjur Program ‘Learning Festival’ 2021 (7 & 14 Ogos 2021)

Gabungan ‘Junior Chamber International’ Anjur Program ‘Learning Festival’ 2021 (7 & 14 Ogos 2021) | Pertubuhan belia ‘Junior Chamber International Malaysia’ (JCIM) yang diketuai oleh JCI South Key dan 5 lagi cawangannya bergabung dalam menganjurkan program webinar ‘Learning Festival’ bersempena dengan projek jangka panjang mereka, JCI Fit ‘n Match 2021.

Program yang mensasarkan penglibatan komuniti ini dianjurkan di atas talian secara percuma, webinar ‘Learning Festival’ ini mencakupi topik kesihatan mental, kawalan emosi di tempat kerja, pengurusan perniagaan dikala berdepan cabaran, kemahiran mengurus pekerja, padanan pekerjaan serta penerangan berkaitan insentif yang ditawarkan kerajaan bagi mereka yang terkesan akibat pandemic COVID-19.

https://herneenazir.com/2021/06/21/jersi-sublimation-muslimah-dari-jrig-gear-sangat-selesa-untuk-aktiviti-riadah/

Program yang berlangsung selama 2 hari ini akan dijalankan pada 7 Ogos 2021 dan 14 Ogor 2021. Penceramah jemputan terdiri daripada pakar bidang, jurulatih yang diiktiraf oleh Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia, pengamal psikiatri dan pakar pemakanan. Program turut dikendalikan di dalam 3 bahasa bagi tujuan menggalakkan penglibatan lebih ramai peserta.

Gabungan ‘Junior Chamber International’ Anjur Program ‘Learning Festival’ 2021 (7 & 14 Ogos 2021)

Presiden JCI South Key, Lee Joe Yee berkata “Kami mensasarkan 1000 peserta bagi webinar ‘Learning Festival’ yang dijalankan selama 2 hari ini. Terdapat 5 slot program di dalam 1 hari. Program dijalankan scara percuma tanpa sebrang bayaran.Secara keseluruhannya, terdapat 11 penceramah jemputan dari pelbagai bidang kepakaran dijemput untuk berkongsi ilmu serta kemahiran yang bermanfaat buat semua.”

https://herneenazir.com/2021/06/21/jersi-sublimation-muslimah-dari-jrig-gear-sangat-selesa-untuk-aktiviti-riadah/

Pengerusi Pelaksana, Faizul Amin Anuar berkata, “Lanjutan senario penularan wabak COVID-19 yang berpanjangan pastinya memberi impak kepada setiap lapisan masyarakat. Ada yang hilang sumber pendapatan, kebebasan bergerak kini menjadi sangat terhad, sesi pembelajaran secara atas talian, ibu-bapa yang kini terpaksa menggalas berbagai peranan dalam satu masa, kemerosotan perniagaan, tanpa kita sedari, meningkatkan tekanan dan tahap kebimbangan atau kegelisahan individu. Program ‘Learning Festival’ ini merupakan manifestasi usaha jangka panjang kami dalam membantu ahli masyarakat.”

Gabungan JCI ini terdiri daripada 3 cawangan Johor iaitu JCI South Key, Century dan Muar. JCI Mines dan Entrepreneur pula dari Lembah Kelang JCI Malacca City Entrepreneur dari Melaka

Selain webinar perkongsian ilmu pengetahuan, JCI juga aktif menyumbang bantuan bekalan makanan kepada mereka yang memerlukan. Selain itu, aktiviti padanan pekerjaan di bawah program ‘Find My Job’ masih berlangsung sehingga September 2021.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Lee Joe Yee

Presiden JCI South Key
+6016-676 8558

Faizul Amin Anuar

Pengerusi Pelaksana Projek JCI Fit ‘n Match 2021
+6017-797 6731

Atau layari laman Facebook Fitnmatch Jcisouthkey di
https://www.facebook.com/profile.php?id=100069913240481


Previous post: Jersi Sublimation Muslimah Dari JRig Gear Sangat Selesa Untuk Aktiviti Riadah

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Gabungan ‘Junior Chamber International’ Anjur Program ‘Learning Festival’ 2021 (7 & 14 Ogos 2021)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!