TOP Inovasi Teknologi Pencuci Pakaian Berterusan Menghasilkan Detergen Singkirkan 99.9% Virus

TOP Inovasi Teknologi Pencuci Pakaian Berterusan Menghasilkan Detergen Singkirkan 99.9% Virus

Rumusan Inovatif Terbukti Menyingkirkan 99.9% Virus Termasuk Virus COVID-19[1]!

Wabak COVID-19 masih berada dalam kalangan kita. Sementara pelaksanaan program imunisasi sedang berjalan, rakyat Malaysia juga bertindak dengan penuh tanggungjawab mengikut seruan kerajaan untuk lindung diri, lindung semua, dengan mengambil berbagai langkah berjaga-jaga untuk mengawal penularan virus COVID-19 ini.

TOP Inovasi Teknologi Pencuci Pakaian Berterusan Menghasilkan Detergen Singkirkan 99.9% Virus

Sementara duduk di rumah, mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka, mencuci atau sanitasi tangan, pemeriksaan suhu badan adalah sebahagian daripada norma baharu kita, Malaysia yang bersemangat #kitajagakita menyukai inovasi teknologi pencuci pakaian terbaru TOP yang terbukti menyingkirkan 99.9% virus termasuk virus SARS-CoV-2 yang mengakibatkan COVID-19, dan Influenza A2.

Pautan di media sosial dengan hashtag (#TOPcaresforYOU #TOPsayangisemua #TOPneversettlestelah membanjiri laman media sosial setelah orang ramai kembali ke tempat kerja, sekolah dan berada di luar rumah berkongsi cara menangani norma baharu iaitu membersihkan baju dengan pencuci pakaian anti-virus TOP untuk melindungi mereka yang berada di rumah.

TOP, jenama pencuci pakaian No 13 di seluruh Malaysia, memperkenalkan “Advanced Micro-Clean TechTM” sebagai respon secara langsung kepada kebimbangan pengguna terhadap kemungkinan virus berbahaya yang masih melekat pada baju yang telah dicuci, dan seterusnya membawa risiko kepada mereka yang tersayang. “Advanced Micro-Clean Tech” TOP mampu untuk menanggalkan 99.9% virus, bukan sekadar bakteria.

TOP Inovasi Teknologi Pencuci Pakaian Berterusan Menghasilkan Detergen Singkirkan 99.9% Virus

“Advanced Micro-Clean TechTM” TOP menerusi revolusi “Anti-Microbial Tech” daripada Lion Jepun menggunakan teknologi pencuci pakaian generasi baru yang berkesan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya (SARS-CoV-2, lebih dikenali sebagai COVID-19 & Influenza A) dan bakteria2. Rumusan khas ini bertindak segera dengan mengunci virus dan bakteria lalu menyingkirkannya daripada pakaian dengan satu cucian berkuasa.

“Advanced Micro-Clean Tech” TOP mempertingkatkan prestasi rumusan yang tersedia dengan semua fungsi TOP yang terkenal termasuk anti-sebum, anti bau hapak, anti-debu hama, ditambah dengan keberkesanan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya dan bakteria untuk perlindungan optimum. Ia juga menembus jauh ke dalam serat pakaian untuk menarik keluar kesan peluh, minyak badan dan kotoran yang terperangkap, disamping mencegah kotoran dalam air basuhan daripada melekat kembali pada pakaian, memastikan pakaian anda bersih menyeluruh setiap masa dan berbau segar.

“Advanced Micro-Clean Tech” TOP dengan Anti-Microbial Tech telah dilancarkan tepat pada masa kepada mereka yang inginkan ketenangan minda dan memastikan telah mengambil langkah untuk mengurangkan risiko daripada menyebarkan virus kepada orang tersayang dan masyarakat secara tidak sengaja.

Menurut Southern Lion Sdn Bhd, Pengurus Besar Kanan, Cik Carmen Foo, pelanggan Malaysia telah membuat pilihan bijak dengan memilih “Advanced Micro-Clean Tech” TOP untuk fungsi penyingkiran 99.9% anti-virus, yang dapat menanggalkan virus COVID-19 dari fabrik, di mana ia pilihan yang penuh tanggungjawab untuk mereka sendiri, ahli keluarga dan masyarakat. Rumusan ini telah diuji oleh makmal bebas di Jepun dan terbukti berkesan menanggalkan virus sehingga 99.9% terutamanya COVID-19 & Influenza A.

“Bahkan sebelum wabak ini, Lion Corporation di Jepun telah mengkaji teknologi pencuci pakaian anti-virus untuk memberi gaya hidup yang lebih bersih menyeluruh kepada pengguna kami. Kami memperkenalkan teknologi pencuci pakaian yang inovatif dan penting ini kepada Malaysia hanya selepas memastikan rumusan yang lengkap supaya ia berkesan melawan virus, terutamanya SARS-CoV-2. Rakyat Malaysia menghargai tawaran produk inovatif kami kerana ia sesuai dengan norma baharu kita, dan memberi ketenangan minda kepada mereka. Untuk TOP, kami berasa bangga kerana menyumbang kepada #kitajagakita dengan menawarkan rangkaian pencuci pakaian inovatif ini.”

“Kepercayaan dan keyakinan para pengguna telah mendorong TOP untuk menjadi jenama pencuci pakaian nombor satu di Malaysia selama bertahun-tahun. Kami berterima kasih kepada mereka melalui komitmen kami untuk terus berinovasi berdasarkan pandangan pengguna dengan tujuan menjadikan kehidupan dan gaya hidup mereka lebih baik dan bersih,” jelas Cik Foo.

“Kami berasa bangga dapat meningkatkan kesedaran warga Malaysia dari peringkat masyarakat untuk mengambil berat melalui inovasi termaju TOP. Kita masing-masing dapat memainkan peranan penting dengan mengambil langkah-langkah kecil seperti memakai pelitup muka, membersihkan tangan dan mencuci baju dengan pencuci yang boleh menyingkirkan virus.”

“Sejak saya kembali bekerja, saya bimbang sekiranya ada terbawa balik virus bersama pakaian, sebab nenek saya tinggal bersama kami. Oleh itu, kami harus berhati-hati. Bila saya mendapati TOP dapat menyingkirkan 99.9% virus termasuk COVID-19, terus saya mendapatkannya untuk keluarga saya. Kami sudah biasa dengan menanggalkan baju kotor dan meninggalkannya dalam bakul baju yang tertutup sebaik sahaja sampai di rumah, sebelum mandi. Kami akan mencuci baju setiap petang untuk mengurangkan risiko penularan. Saya berasa senang hati menggunakan TOP sebab ia menyingkirkan 99.9% virus,” kata Wenny Soong, ibu kepada dua anak.

Muhammad Syahidee, pemandu e-hailing berasa bertanggungjawab untuk menggunakan pencuci pakaian yang boleh menyingkirkan 99.9% virus dan bakteria sebagai usahanya untuk mengurangkan risiko penularan.

“Sebelum wabak ini saya tidak tahu perbezaan antara virus dan bakteria. Saya risau akan menyebarkan penyakit ini kepada keluarga, kawan-kawan, pelanggan dan rakan sekerja secara tidak sengaja kerana saya pekerja barisan hadapan. Saya mendapati TOP menyingkirkan 99.9% virus termasuk COVID-19 dari pakaian saya, dan ia memberi jaminan dan ketenangan minda kepada saya. Menjaga kesihatan adalah tanggungjawab kita semua. Inilah #kitajagakita. Kini saya lebih pentingkan kebersihan berbanding dengan masa lalu. Tiada seorang yang harus menjadi penyebar virus,” jelasnya.

Pengguna TOP setia sejak sekian lama, Syakirah Yusof, rangkaian baru Antivirus 99.9% Advanced Micro-Clean Tech TOP adalah tepat pada masanya.

“Ibu bapa saya guna TOP, saya pun guna TOP untuk banyak tahun sebab fungsi anti bau hapak dan anti-sebum amat berkesan pada baju berbau peluh dan tiada bau semasa pengeringan dalam rumah. Saya amat gembira kerana TOP masih mengekalkan kesemua fungsi yang saya gemari dan berkesan menyingkirkan 99.9% virus termasuk penyebab COVID-19. TOP memang berkesan membersihkan kotoran biarpun yang dapat dilihat ataupun yang tidak kelihatan dan saya boleh merasainya. Saya juga suka bau wangi pada baju selepas mencuci dengan TOP,” kata Syakirah Yusof, peguam.

“Advanced Micro-Clean Tech” TOP 99.9% Antivirus terdapat dalam bentuk serbuk, cecair dan rendah buih untuk pilihan anda. Para pelanggan serbuk pencuci TOP boleh menikmati faedah “Advanced Micro-Clean Tech” melalui pilihan Super White, Super Colour, Super Hygienic, Blooming Freshness dan Silky Miracle. Untuk pelanggan rangkaian cecair TOP, mereka boleh memilih dari rangkaian Brilliant Clean, Colour Protect, Odour Buster, Stain Buster, Blooming Pleasures dan Silky Miracle. “Advanced Micro-Clean Tech” TOP juga terdapat dalam Super Low Suds dan Super Low Suds Blooming Garden (serbuk) serta Smart Clean (cecair) dalam rumusan rendah buih yang direka khas untuk mesin basuh muatan hadapan, demi cucian yang cekap dan berkesan. Pencuci pakaian TOP boleh didapati di peruncit seluruh negara dan atas talian melalui Kedai Rasmi Shopee dan LazMall.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.

Kesemua Pencuci Pakaian “Advanced Micro-Clean Tech” adalah

A close-up of a flower

Description automatically generated with low confidenceA picture containing text

Description automatically generatedLogo

Description automatically generatedA picture containing text, vegetable

Description automatically generated
Menyingkirkan 99.9% Virus Berbahaya (SARS-CoV-2, lebih dikenali sebagai COVID-19 & Influenza A) dan Bakteria2 untuk Perlindungan Optimum.Menarik keluar Kesan Peluh, Minyak Badan dan Kotoran Terperangkap untuk Pembersihan Menyeluruh.Mencegah Bau Hapak walaupun Dikeringkan di Dalam Rumah.Menyingkirkan 99.9% Debu Hamayang Menyebabkan Alahan.

Pencuci Pakaian Serbuk “Advanced Micro-Clean Tech” TOP

Pencuci pakaian serbuk “Advanced Micro-Clean Tech” TOP terdapat dalam pilihan Super White, Super Colour dan Super Hygienic yang terdapat dalam 750g, 2.3kg dan 3.8kg; sementara Blooming Freshness dan Silky Miracle terdapat dalam saiz paket 750g, 2.1kg dan 3.6kg masing-masing dijual dengan harga runcit yang disyorkan RM5.50, RM14.95 dan RM23.40. Setiap pilihan terdapat fungsi pencuci pakaian unik untuk keperluan tertentu anda. 
Super WhiteTOP Super White menjadikan pakaian anda putih dan cerah hanya dengan satu cucian hasil gandingan Blue Marine Whitening Tech.
Super ColourTOP Super Colour melindungi warna pada fabrik dengan Innovative Colour Enhancement Tech yang mengekalkan warna berseri lebih lama.
Super HygienicTOP Super Hygienic menghilangkan bau peluh daripada cucian dengan Advanced Deodorising Tech, supaya anda dapat menikmati gaya hidup aktif yang lebih segar.
Blooming FreshnessTop Blooming Freshness mengujakan deria anda dengan Freshcare Tech yang memberikan haruman bunga berkekalan sehingga 30 hari2.
Silky MiracleTop Silky Miracle adalah keajaiban luar biasa daripada lembutan sutera, penjagaan fabrik dan wangian mewah sehingga 100 hari*.*Mengandungi bahan-bahan aktif dan diuji di makmal Jepun.

Pencuci Pakaian Cecair “Advanced Micro-Clean Tech” TOP

Pencuci Pakaian Cecair “Advanced Micro-Clean Tech” TOP terdapat dalam pilihan Brilliant Clean, Colour Protect, Colour Buster, Stain Buster dalam saiz paket 1.8kg, 2.7kg dan 4kg dengan harga runcit yang disyorkan iaitu RM10.40, RM17.55 dan RM24.05; sementara Blooming Pleasures dan Silky Miracle terdapat dalam saiz paket 1.5kg and 3.6kg dengan harga runcit disyorkan RM10.40 dan RM24.05.Setiap pilihan terdapat fungsi pencuci pakaian unik untuk keperluan tertentu anda.
Brilliant CleanTOP Brilliant Clean menanggalkan kotoran dan mencegah pakaian menjadi kusam dengan Superior Dispersion Power untuk cucian yang lebih bersih dan cerah.
Colour ProtectTOP Colour Protect melindungi warna pada fabrik dengan Innovative Colour Enhancement Tech yang mengekalkan warna berseri lebih lama.
Odour BusterTOP Odour Buster menghilangkan bau peluh dan menyingkirkan 99.9% bakteria penyebab bau membiak atas pakaian dengan Advance Deodorising Tech untuk gaya hidup aktif yang lebih segar.
Stain BusterTOP Stain Buster menembus setiap lapisan fabrik dengan Stain Removal Action untuk cucian yang bersih sepenuhnya dengan satu cucian.
Blooming PleasuresTOP Blooming Pleasures mengujakan deria anda dengan Freshcare Tech yang memberikan haruman segar berkekalan sehingga 30 hari2.
Silky MiracleTOP Silky Miracle adalah keajaiban luar biasa daripada lembutan sutera, penjagaan fabrik dan wangian mewah sehingga 100 hari*.*Mengandungi bahan-bahan aktif dan diuji di makmal Jepun.

Pencuci Rendah Buih “Advanced Micro-Clean Tech” TOP

Untuk mesin basuh muatan hadapan, cecair TOP Smart Clean terdapat dalam saiz paket 2.7kg and 4kg pada harga RM24.65 dan RM31.00, serbuk TOP Super Low Suds terdapat dalam saiz paket 3kg dan 5kg pada harga RM28.90 dan RM39.90, sementara serbuk TOP Low Suds Blooming Garden terdapat dalam saiz paket 4.8kg pada harga RM39.90.
Smart Clean LiquidTOP Smart Clean adalah pilihan bijak untuk mesin basuh muatan depan dengan High Efficiency Low Suds Tech yang memberikan cucian yang cekap dan berkesan setiap masa.
Super Low Suds PowderTOP Super Low Suds adalah pilihan yang lebih bijak untuk mesin basuh muatan depan dengan High Efficiency Low Suds Tech yang memberikan cucian yang cekap dan berkesan setiap masa.
Super Low Suds Blooming Garden PowderTOP Super Low Suds Blooming Garden memberi keseronokan untuk mencuci dengan High Efficiency Low Suds Tech serta Freshcare Tech yang memberi wangian bunga segar berkekalan sehingga 30 hari2.

Baca juga: Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Amalkan Norma Baharu Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah Dengan Selamat

 1,417 total views,  2 views today

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!