Al-Fatihah Buat Aafiyah Humaira binti Ahmad Redhuan

BFF Ummi Ilham

Al-Fatihah Buat Aafiyah Humaira binti Ahmad Redhuan | Tenanglah disisi PenciptaMu wahai Aafiyah Humaira. Berehatlah, berlarilah di syurga nan abadi. Semoga Allah menyatukan semula kalian sekeluarga di syurga Firdaus.

Lima bulan lepas Ummi ada post mengenai bantuan dana bagi pembedahan hati Aafiyah Humaira. Aafiyah baru saja menjalani pembedahan pemindahan hati (transplant) dari penderma hati iaitu ayahnya sendiri semalam. Ummi antara yang tak sabar menanti perkembangan dari ibu Aafiyah. Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Aafiyah Humaira telah dijemput pulang menemui Sang Pencipta. Semoga ibu dan ayah Aafiyah tabah menghadapi satu lagi ujian getir dalam kehidupan. Semoga Allah meningkatkan darjat kalian. Mohon doakan semoga ayah Aafiyah segera sembuh dari pembedahan.

Ummi mengenali ibu Aafiyah sejak Oktober 2019 di instagram asbab dari post Ummi berkenaan dengan Pusat Rawatan Pakar Kanak-Kanak Adda milik sahabat Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru, Dr. Hairin Anissa Tajudin. Ibu Aafiyah minta pendapat Ummi untuk dia mendapatkan rawatan Aafiyah di sana. Alhamdulillah sejak dari itu dia jadi kawan Ummi, berbual di whatsapp pun macam dah kenal lama.

Dengan izin Allah pertama kali kami berjumpa masa Syahid masuk wad untuk operation lip and palate Jun lepas. Itu pun Ummi tak perasan dia. Dia yang whatsapp Ummi sebab nampak Ummi ke hulu ke hilir dalam wad hehehe. Aafiyah sebaya Syahid, disahkan menghidap penyakit Biliary Atresia. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Ummi sangat kagum dengan kekuatan ibu dan ayah Aafiyah. Demi anak mereka sanggup berkorban apa saja. Kini hanya tinggal kenangan. Semoga Aafiyah berbahagia di sana. Terima kasih buat semua penderma yang budiman. Hanya Allah mampu membalas jasa baik kalian.

Sedikit info mengenai penyakit “Biliary Atresia” (Credit info: https://len-med.com/5706600-what-is-biliary-atresia)

Apa itu Biliary Atresia?

Atresia biliary adalah penyakit saluran hempedu yang jarang berlaku yang hanya menyerang bayi. Saluran hempedu dalam hati, juga dikenali sebagai saluran hepatik, berfungsi untuk memusnahkan lemak, menyerap vitamin larut lemak, dan membawa toksin dan produk sisa keluar dari badan.

Di atresia bilier, salurannya membengkak dan menjadi disekat. Akibatnya, hempedu meningkatkan hati dan menyebabkan kerosakan hati. Ini menjadikan sukar bagi hati untuk menghilangkan toksin dalam tubuh. Terdapat 2 jenis atresia bilier iaitu janin dan perinatal. Atresia janin bilier muncul apabila bayi masih dalam rahim. Atresia biliary perinatal adalah lebih biasa dan tidak diiktiraf sehingga 2-4 minggu selepas kelahiran. Sesetengah bayi, terutamanya yang dilahirkan dengan atresia biliari janin, juga mempunyai kecacatan di dalam hati, limpa dan usus.

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Al-Fatihah Buat Aafiyah Humaira binti Ahmad Redhuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!