Buku Teks Digital dari Kementerian Pendidikan Malaysia | Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan buku teks digital kepada murid sekolah dari Tahun 1 hingga ke Tingkatan 5. Terima kasih Kementerian Pendidikan Malaysia yang berusahakan mendigitalkan buku teks bagi kemudahan guru, ibu bapa dan murid-murid dalam menjalankan Sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) 2021 di rumah masing-masing.
Ibu ayah juga anak-anak boleh rujuk link di bawah ya. Boleh favouritekan di google bar atau download terus ke laptop atau komputer peribadi di rumah.
Buku Teks Digital Sekolah Rendah
No | Tahun | Pautan Buku (SK, SJKC, SJKT) |
1 | Tahun 1 | https://book.pandai.org/year1 |
2 | Tahun 2 | https://book.pandai.org/year2 |
3 | Tahun 3 | https://book.pandai.org/year3 |
4 | Tahun 4 | https://book.pandai.org/year4 |
5 | Tahun 5 | https://book.pandai.org/year5 |
6 | Tahun 6 | https://book.pandai.org/year6 |
Buku Teks Digital Sekolah Menengah
No | Tingkatan | Pautan Buku (SMK) |
1 | Tingkatan 1 | https://book.pandai.org/form1 |
2 | Tingkatan 2 | https://book.pandai.org/form2 |
3 | Tingkatan 3 | https://book.pandai.org/form3 |
4 | Tingkatan 4 | https://book.pandai.org/form4 |
5 | Tingkatan 5 | https://book.pandai.org/form5 |
6 | Peralihan | https://book.pandai.org/peralihan |
CARA MENGAKSES BUKU TEKS ONLINE
Bagi memudahkan anak-anak untuk mengakses buku teks online, sebaiknya daftar dulu log in ID masing-masing. Jadi ibu bapa boleh track anak untuk untuk menyelesaikan Kuiz Harian dan juga ujian yang disediakan dalam laman web Pandai.
Anak-anak juga boleh mengakses buku teks online menggunakan aplikasi PANDAI yang boleh dimuat turun melalui Google Play dan App Store. Mudah saja bukan? Bagi anak-anak yang ada kemudahan internet harap dapat digunakan sebaik mungkin, kerana masih ramai lagi kawan-kawan awak di luar sana yang tak dapat nak meneruskan sesi pembelajaran di rumah dek kerana kekangan internet dan peranti seperti telefon bimbit dan komputer.
Semoga usaha guru-guru, ibu bapa dan juga anak-anak diberkati da dipermudahkan untuk mengikuti sesi pembelajaran 2021. Jom sama-sama doa agar dijauhkan dari jangkitan wabak COVID-19 ni. Anak-anak,rajin-rajin belajar ok. Sila berkerjasama pada ibu ayah sepanjang sesi PdPR di rumah. Agar ibu bapa korang tak berwarna hijau mahupun pelangi di kemudian hari hehehe. The struggle is real!
Canggih dah.. dalam pada dulu nak kekang anak dari gadjet, now dah kena pegang gadjet doploh pat jam kan… apa nak buat…
betul..masih ada sekolah yg tak sempat nak ambil buku teks kan.. sekolah ilham pun baru je last week dapat buku teks..