Aktiviti Menarik BrickTacular Holidays Candyland di LEGOLAND® Malaysia Resort

Leisure

Aktiviti Menarik BrickTacular Holidays Candyland di LEGOLAND® Malaysia Resort | LEGOLAND Malaysia Resort kini dibuka setiap hari untuk musim percutian dengan waktu lanjutan pada hujung minggu. Alhamdulillah Ummi dan Babah bawa anak-anak bercuti 2 hari 1 malam di LEGOLAND® Malaysia Resort. Percutian penutup bagi penutup tahun 2020 dalam tempoh PKPB di daerah Johor Bahru. Antara lokasi percutian yang terpalingggggggggg jauhhhh dari rumah hahaha. Abang Ilham sempat tidur sekejap ? Ok jom teruskan membaca!

Kalau korang nak tahu, LEGOLAND® Malaysia Resort telah mengadakan sambutan BrickTacular Holiday bertemakan Candyland yang berlangsung setiap hari sehingga 19 Januari 2021 dengan waktu lanjutan pada hujung minggu. Apa yang penting kena patuh pada SOP sepanjang di sana ya.

Jangan terkejut bila melangkah masuk ke LEGOLAND® Malaysia Resort kerana Legoland dah berubah menjadi Candyland hehehe. Terasa sweetnya tu macam nak makan semua candy yang ada.

Banyak aktiviti yang menyeronokkan untuk seisi keluarga di LEGOLAND Theme Park, LEGOLAND Water Park, LEGOLAND Hotel, and SEA LIFE Malaysia sesuai untuk pelbagai peringkat usia. Korang boleh join semua aktiviti yang diadakan tau.

ANTARA AKTIVITI MENARIK SEPANJANG CANDYLAND BRICK-TACULAR HOLIDAYS CANDYLAND DI LEGOLAND MALAYSIA

LEGO FRIENDS LIVE SHOW

Masa: 3:30pm & 5:00pm (Sabtu dan Ahad)

Lokasi: The Beginning Area @ Theme Park

Kami dapat tengok LEGO Friends buat LIVE Show. Masing-masing dengan Christmas outfits. Kanak-kanak excited tengok diorang atas stage. Ikut berjoget sekali. Anak-anak Ummi je pemalu macam Ummi dia.. ehhh ?

Puas Ummi suruh join joget-joget malu betul diorang hehehe. Apa pun diorang tetap enjoy.

Sempat juga kami beratur nak bergambar dengan awek-awek LEGO Friends ni tau. Kalau korang nak tengok LEGO Friends Live Show ni, pastikan korang dah bersedia di hadapan stage Beginning Area di Theme Park.

ADVENT CALENDAR PARTY

Masa: 6:00pm (Sabtu dan Ahad)

Lokasi: The Beginning Area @ Theme Park

Korang boleh tengok korang punya favourite character membuat persembahan. Ianya hanya berlangsung pada hujung minggu. So kalau korang datang weekdays memang tak ada lah ya.

ADVENT CALENDAR PARTY DRAW

Selepas saja live show, ada Advent Calendar Draw. Beli mana-mana barangan di Retail Outlet minimum RM50, korang boleh menyertai Advent Calendar Draw dan peluang memenangi Lego Boxset RM200.

Resit pembelian mestilah di masukkan di kaunter yang disediakan.

Syok uiii tengok orang menang Lego. Kami beli juga la sedikit souvenir, tapi tak sempat join Advent Calendar Draw untuk petang Ahad tu.

SWEET SPECTACULAR COUNTDOWN

Masa: 6:50pm (Sabtu dan Ahad)

Lokasi: The Beginning Area @ Theme Park

Acara penutup sebelum setiap hujung minggu sepanjang Brick-Tacular Holodays adalah Sweet Spectacular Countdown. Live show favourite character.

Sempat juga kami selit-selit bergambar hehehe.

GINGERBREAD HUNT

Time: Bila-bila masa, setiap hari

Lokasi: MINILAND @ Theme Park

Gingerbread Hunt at Miniland. Cari 10 Gingerbread man di Miniland, snap gambar dan post di instagram beserta hashtag #LEGOLANDMalaysia #bricktacular #Candyland. Tunjukkan instagram post dan perkataan rahsia di Guest Service korang berpeluang memenangi hadiah dari LEGOLAND Malaysia.

Berpeluh bekejar-kejaran kitorang nak cukupkan 10 Gingerbread man. Ada satu lagi gambar ghaib. Sebab memang Ummi dah kira cukup 10 gingerbread man kitorang jumpa tau.

MEMBUAT CUPCAKES DARI LEGO DAN CANDY CANES

Salah satu aktiviti Brick-Tacular Holiday yang boleh dicuba oleh anak-anak. Membuat cupcakes dari Lego dan candycanes.

Bersungguh Abang Ilham nak siapkan cupcakes. Bila dah siap cupcakes tu akan dipamerkan bersama giant cupcakes. Cantik sangat! Tapi Ummi kepelikan, kenapa gitu rupa cupcakes Abang Ilham hahaha. Dia kata ok je la tu Ummi hahaha.

CANDY RUSH CHALLENGE DI SEALIFE MALAYSIA

Korang juga boleh join Candy Rush Challenge di SEALIFE Malaysia tau. Gigih kami mencari 5 candies yang tersembunyi dalam akuarium sebab nak join contest.

Syaratnya, cari 5 candies yang tersembunyi dalam akuarium, snap gambar dan post di instagram dengan hashtag #LEGOLANDMalaysia #SEALIFEMalaysia #Candyland. Sebelum keluar dari SEALIFE tunjukkan pada host bukti korang dah post dan korang boleh redeem candies seberapa banyak yang korang nak. Yeay! The Ilham did it well!

SURFER’S RETRO SHOW

Masa: 2.30pm

Lokasi: LEGO Wave Pool, Water Park

Korang juga berpeluang menyaksikan tarian dari penari-penari surfers. Sambil mandi manda di LEGO Wave Pool anak-anak juga ikut menari.

BRICK-TACULAR HOLIDAYS LIVE SHOW DI LOBBY LEGOLAND HOTEL

Dalam jam 8pm saksikan persembahan live show Brick-Tacular Holidays di lobby Legoland Hotel. Kami sempat menyaksikan persembahan tarian dan lawak jenaka selepas makan malam di Brick Family Restaurant. Masing-masing semua terhibur dengan lagak spontan mereka.

[Baca juga: Sweeten Up Your Holiday Season at LEGOLAND® Malaysia Resort’s Candyland!]

Itulah antara Aktiviti Menarik BrickTacular Holidays Candyland di LEGOLAND® Malaysia Resort. The Ilham tersangatlah happy sampai tak boleh move on hahaha. Next post Ummi cerita tentang 2 days 1 night staycation at Legoland Hotel dan aktiviti lain kami di LEGOLAND Theme Park, Water Park, dan SEA LIFE Malaysia. Stay tuned ya!

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tiket atau promosi, boleh klik link di bawah:

Website LEGOLAND® Malaysia Resort:
www.legoland.com.my

Facebook: https://www.facebook.com/LEGOLAND.my

Instagram: https://www.instagram.com/legolandmalaysia/

****************

LEGOLAND® Malaysia Park Opening Hours

Saturday – Sunday

Park / AttractionPark Hours
Theme Park10.00 am – 7.00 pm
Water Park10.00 am – 6.00 pm
SEA LIFE Malaysia10.00 am – 7.00 pm

LEGOLAND® Malaysia Resort Year-end SALE: Enjoy savings up to 50% off on your next Playcation! Grab these delectable offers for a limited time only. ‘Buy now, Stay later’ options for your next amazing family experience! ????????

Purchase now!!!

https://www.legoland.com.my/tickets-passes/day-tickets/offers-deals/

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Aktiviti Menarik BrickTacular Holidays Candyland di LEGOLAND® Malaysia Resort

  1. Yehaaaa.. memang tak puas kann..
    Lagi plak time Sis pergi hujann, erghhhh geramm kita.. tak dapat nak buat aktiviti semua…

    1. samalah hujan.. tapi sempat cover semua bricktacular event.. cuma 2nd day tu belah petang hujan tak sempat main semua theme park.. nasib tukar plan layan water park pagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!