Kasut Sekolah Pallas Jazz 205-0196BK Pilihan Terbaik

Products Review
Kasut Sekolah Pallas Jazz  205-0196BK Pilihan Terbaik

Kasut Sekolah Pallas Jazz 205-0196BK Pilihan Terbaik | Cuti sekolah dah pun bermula beberapa hari yang lepas. Seperti biasa ibu bapa bakal sibuk mencari keperluan sekolah untuk anak-anak. Samalah juga dengan Ummi dan Babah. Walaupun pandemik COVID-19 masih bermaharajalela, tapi persediaan untuk anak-anak ke sekolah sesi 2021 tetap dibuat seperti biasa.

Banyak-banyak barang sekolah, kasut sekolah Abang Ilham je yang dah settled. Semestinya kasut sekolah Pallas Jazz 205-0196BK pilihan Ummi. Zaman sekolah pun Ummi peminat Pallas Jazz tau. Ni dah turun ke anak pulak hehe. Serious memang selesa tau pakai Pallas Jazz ni. Harga pun tak lah kayangan. Masih mampu milik lagi.

4 sebab Ummi recommend korang untuk belikan anak-anak kasut sekolah Pallas Jazz: 

  1. Lebih ringan dan selesa – sesuailah dengan fitrah kehidupan kanak-kanak ni kan. Tak reti duduk diam lagi-lagi bila di sekolah dah berjumpa kawan-kawan. Kasut yang ringan dan selesa membantu pergerakan anak-anak.’
  2. Sistem pengudaraan yang baik dan cepat kering – Yesss!!! Point ni mesti emak-emak suka. Pengudaraan yang baik mengelakkan kasut anak-anak jadi busuk dan kepam. Bila basuh pun cepat kering. Tak lah emak-emak kemurungan nak mengeringkan kasut anak hehe.
  3. Arch Support – Ianya berfungsi untuk melegakan ketegangan pada otot kaki agar lebih selesa .
  4. Bounce Insole atau lantunan yang lebih baik, lebih selesa – Macam Ummi cakap kat atas tu, anak-anak aktif memang seharusnya memakai kasut yang mempunyai lantunan yang baik.

Anak lelaki ni almaklumlah dia punya aktif lain macam. Lebih mudah pakai kasut sekolah yang velcro strap design ni senang tak payah leceh-leceh nak ikat tali. Tapak kasutnya pun sangat lembut dan selesa.

Baca juga: Persiapan Bagi Sesi Persekolahan Baru

Cepat betul kaki dia panjang hehe. Tahun depan 2021 ada pilihan untuk ibu bapa sama ada nak teruskan memakai kasut hitam atau putih. Sekiranya kasut hitam mesti dengan stokin hitam, dan kasut putih dengan stokin putih.

Jom tengok short video Unboxing Kasut Sekolah Pallas Jazz oleh Abang Ilham

Lepas ni Ummi nak carikan Abang Syamil punya kasut sekolah pulak. Nak cari Pallas Jazz juga senang adil dan saksama hehe. Diorang memang kena belikan yang sama je baru tak rasa kecewa hehe. Ummi memng berpuas hati dengan kualiti kasut sekolah Pallas Jazz. Tahan lama dan tahan lasak. Ibu ayah, jangan lupa buat pilihan yang terbaik untuk pemilihan kasut sekolah anak-anak ya!

Jangan lupa dapatkan kasut sekolah Pallas Jazz 205-0196BK secara online di link di bawah atau korang boleh dapatkannya di AEON Supermarket berhampiran. Stay safe & patuhi SOP!

www.wow2wee.com

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Kasut Sekolah Pallas Jazz 205-0196BK Pilihan Terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!