Work From Hotel at Fraser Place Puteri Harbour

Ummi Ilham at Work

Work From Hotel at Fraser Place Puteri Harbour

Work From Hotel at Fraser Place Puteri Harbour | Memandangkan peningkatan kes Covid-19 yang makin ketara, maka jadual kerja Ummi pun ada sedikit berubah dari work from office sepenuhnya, terpaksa work from home by rotation. So last week, ada tiga hari Ummi sepatutnya work from home. One of the day, Ummi tukar angin work from hotel bersama geng IT Department. Memang dah plan awal-awal kalau terkena WFH nak sama-sama work from hotel di Fraser Place, Puteri Harbour.

1

Pukul 8 lebih Ummi dah terpacak di Fraser Place sambil menanti Jai dan Shai sampai. Bila diorang dah sampai kami register di kaunter masuk ke Swatches Restaurant ni dan bayar sebelum naik ke tingkat 17. Sila patuhi SOP ya.

Work From Hotel at Fraser Place Puteri Harbour

Work From Hotel – Executive Club, Level 17, Fraser Place Puteri Harbour

2
Work From Hotel at Fraser Place Puteri Harbour
Work From Hotel at Fraser Place Puteri Harbour

Untuk pakej Work From Hotel Fraser Place ni, korang hanya perlu bayar RM38. Korang akan ditempatkan di Executive Club di level 17. Pakej termasuk makan tengahari di Swatches Restaurant, free flow coffee and tea, Wi-Fi percuma dan parking percuma.

FASILITI YANG DISEDIAKAN DI EXECUTIVE CLUB, FRASER PLACE

Jom tengok fasiliti yang disediakan di sini:

Work From Hotel at Fraser Place Puteri Harbour

Antara ruang kerja yang disediakan. Korang boleh pilih ruang mana yang korang suka mengikut keselesaan masing-masing.

Small pantry. Free flow coffe, tea and juice. Minumlah sampai lebam. Ada juga disediakan biskut buat kunyah-kunyah sambil buat kerja.

Tandas disediakan di ruangan yang berdekatan. Untuk solat boleh ke surau di ground floor.

View menarik Puteri Harbour dari balkoni. Dah penat menghadap kerja bolehlah ambil angin sekejap di balkoni sambil menghirup udara segar dari tingkat 17.

Work From Hotel at Fraser Place Puteri Harbour

Kami pilih meja di kawasan pantry. Lebih senang rasanya. Power point pun disediakan di setiap ruang kerja. Mudah nak caj laptop dan handphone.

Bukan sekadar posing semata ya. Kerja siap hehehe. Masing-masing dengan tugas masing-masing sambil attend online meeting. Ada juga disediakan satu PC untuk di akses. Kami dah bawa laptop masing-masing jadi tak perlulah gunakan PC hotel.

Mencuba Bubble Bee Golden Series Ice-Cream (Honeycomb)

Sambil buat kerja, sambil makan Bubble Bee Golden Series Ice-Cream (Honeycomb). Belum sempat buat full review. Next post Ummi review. So far oklah sedap.

Work From Hotel at Fraser Place Puteri Harbour

Bila nak start meeting Ummi beralih tempat hehe. Saja nak santai-santai duduk atas sofa ecehhhh. Dalam pukul 12.45pm kami turun untuk makan tengahari.

LUNCH DI SWATCHES RESTAURANT, FRASER PLACE

Pilihan menu makanan tengahari di Swatches Restaurant. Pilih je nak makan apa, waiter dan waitress akan bantu ambilkan mengikut SOP.

Work From Hotel at Fraser Place Puteri Harbour

Sebelum makan, sempatlah kakak-kakak posing hehe.

menu di swatches restaurant fraser place

Ini pinggan Ummi Ilhams hahaha.

Menu tengaharinya boleh tahan sedap. Semput juga nak menghabiskan sepinggan. Ummi duk mengulang makan fried dimsum dan wantan. Udang tu lupa namanya sedap juga. Ayam Kung Pao pun sedap.

Lepas siap makan, kami ke surau di bahagian ground floor bawah bangunan Pinetree Marina Resort bersebelahan Fraser Place. Tak jauh mana kerana bangunannya bersambung.

Then, after lunch sambung kerja semula. Repeat mengopi sampai ting tong hahaha. Lebih kurang jam 5.45pm kami berkemas-kemas nak balik. Sebelum balik jom posing untuk kali terakhir hehe.

Overall, memang puas hati dan selesa work from hotel di Fraser Place Puteri Harbour. Ruang yang luas dan selesa. Rezeki kami masa tu hanya kami bertiga je yang ada. Kalau sebelum ni Jai WFH di sini ada juga orang lain yang menggunakan ruang yang sama. Makan pun ok sedap. Pada Ummi berbaloi jugalah dengan harga RM38 tu. Yang penting staffnya sangat friendly. Masa ikut korang nak stay sampai 9 malam pun boleh. Kalau nak cuba work from hotel, boleh contact nombor di bawah tu ya. Stay safe and strictly follow SOP!

WORK FROM HOTEL FRASER PLACE, PUTERI HARBOUR

Facebook – https://www.facebook.com/FraserPlacePuteriHarbour

Work from our Executive Club, Level 17 with a view!

Available Monday – Friday, 9.00am-9.00pm
Reserve today:? : swatches.fpph@frasershospitality.com
? : (6) 07-530 8837 ? : (6) 018-232 3778

PAKEJ WORK FROM HOTEL SEKITAR JOHOR BAHRU

Loading

Related Posts

8 thoughts on “Work From Hotel at Fraser Place Puteri Harbour

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!