Makan-makan di Amphawa Boat Noodle Downtown JB

Makan-makan di Amphawa Boat Noodle Downtown JB | Cerita bulan September. Hakikat kemalasan Ummi bila gambar dah banyak. Ada je entri yang tercicir hehehe. Bila dah tercicir dia punya malas tu berganda-ganda.

Makan-makan di Amphawa Boat Noodle Downtown JB

Kami memang peminat menu-menu sedap di Amphawa Boat Noodle. Kebiasaannya kami ke Amphawa Boat Noodle Taman Sutera tapi kali ni kami makan di Amphawa Boat Noodle Downtown JB. Pertama kali ke sini, wahhh suka betul Ummi tengok environmentnya.

interior design

Yang penting Ummi suka sudut ni. Walaupun pokok fiddle fig itu artificial plant je tapi nampak menarik dengan dekorasi yang lain.

cleft lip and palate

Budak kecil ni excited tau nak makan. Sabar je menanti apa la yang Ummi orderkan untuk dia nanti.

Menu Amphawa Boat Noodle

Dalam banyak-banyak menu di Amphawa Boat Noodle, boat noodle memang salah satu favourite menu kami anak beranak. Tapi kami tak order untuk kali ini, sebab masing-masing dah lapar nasi. Jom tengok apa yang kami order.

Makan-makan di Amphawa Boat Noodle Downtown JB

Babah, Ummi dan Abang Ilham macam biasalah, memilih nasi putih bersama tomyam goong. Memang sedap sampai tak boleh move on kalau makan tom yam Amphawa ni tau.

Makan-makan di Amphawa Boat Noodle Downtown JB

Abang Syamil macam biasa anak angkat mamak, tak habis-habis dengan kari dia hahaha. Dia pilih nasi putih kari ayam. Karinya pun sedap.

tempat makan sedap johor

Ayam goreng pandan ni makan bersama.

johor bahru

Fish Cake ke apa entah nama dia untuk Syahid. Sedap. Sambil suap mulut Syahid, suap sekali mulut Ummi sikit.. ehhhhh.

Makan-makan di Amphawa Boat Noodle Downtown JB

Ummi dan Babah macam biasa, Thai Iced Tea dan paling luar biasa bila Abang Ilham order Iced Lemon Tea hahaha. Tukar selera nampaknya. Sejak akhir-akhir ni baru pandai minum iced lemon tea uols hahaha.

coconut ice-cream

After meal, setempurung coconut ice-cream. Yummssss.

tomyam sedap

Nampak tu dia punya selera. Kus semangat. Kari ayam Syamil tak habis pun dia bedal hahaha. Alhamdulillah janji tak membazir.

Lepas makan, ronda-ronda sekitar bandar dan kami terus balik ke rumah. Masing-masing dah kekenyangan. Lepas ni rasa lebih senang lepak makan kat sini dari ke Taman Sutera sebab banyak traffic light haha. Tapi sini nak parking penuh pancaroba sikit hahaha selalu penuh saja.

Oklah, untuk yang tak pernah mencuba lagi menu-menu sedap di sini. Korang bolehlah cuba ya. Kalau nak dine-in, make sure patuhi SOP.

Amphawa Boat Noodle Downtown

Alamat: 
40, Jalan Ibrahim, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor.

Telefon: 07-220 0060

 462 total views,  2 views today

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!