Pemberian Suntikan Vaksin Pneumokokal di Klinik Kesihatan KKM Bermula 1 Disember 2020

Pemberian Suntikan Vaksin Pneumokokal di Klinik Kesihatan KKM Bermula 1 Disember 2020 | Pemberian suntikan Vaksin Pneumokokal di Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Mal pada 1 Januari 2020 dan seterusnya.

Pemberian Suntikan Vaksin Pneumokokal di Klinik Kesihatan KKM Bermula 1 Disember 2020

PEMBERIAN VAKSIN PNEUMOKOKAL

Bila?

Bermula 1 Disember 2020 di semua Klinik Kesihatan KKM.

Siapa Yang Layak?

Kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya.

Bagaimana untuk mendapatkan suntikan?

Ibu bapa perlu buat temujanji di Klinik Kesihatan bagi mengelakkan kesesakan dan mematuhi norma baharu.

Pemberian Suntikan Vaksin Pneumokokal di Klinik Kesihatan KKM Bermula 1 Disember 2020

FAKTA PENYAKIT PNEUMOKOKAL

Pemberian Vaksin Penumokokal adalah kaedah paling berkesan untuk menghalang jangkitan bakteria Pneumokokus dan secara tidak langsung mengurangkan kerintangan terhadap antibiotik. Ibu bapa dinasihatkan untuk membuat temujanji dengan klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan kepatuhan kepada norma baharu dalam usaha mencegah penularan penyakit COVID-19.

Ia seterusnya dapat mengurangkan kos rawatan penyakit Pneumokokal dan komplikasinya. Walaupun penyakit Pneumokokal boleh dirawat dengan pemberian antibiotik, namun terdapat beberapa strain bakteria Pneumokokus yang mempunyai kerintangan terhadap antiobiotik.

Komplikasi Penyakit Pneumokokal

  • Jangkitan (radang paru-paru)
  • Meningitis (radang selaput otak)/ Encephalitis (radang otak)
  • Sepsis (jangkitan dalam darah)
  • Otitis Media (jangkitan telinga tengah)
  • Sinusitis (jangkitan pada sinus)
Pemberian Suntikan Vaksin Pneumokokal di Klinik Kesihatan KKM Bermula 1 Disember 2020

PEMBERIAN VAKSIN PNEUMOKOKAL

Vaksin ini akan diberikan sebanyak 3 dos suntikan iaitu 2 dos primer pada umur 4 bulan dan 6 bulan, diikuti 1 dos penggalak (booster) pada umur 15 bulan. Pemberian Vaksin Pneumokokal kepada kanak-kanak bertujuan untuk mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti akibat penyakit Pneumokokal dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun.

Semua kanak-kanak yang lahir pada atau selepas 1 Januari 2020 layak untuk mendapat vaksin Pneumokokal di Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebarang persoalan boleh diajukan kepada KKM di talian 03-8883 4003 atau emel: imunisasi@moh.gov.my. Untuk makluman terkini boleh rujuk website Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan facebook KKM.

Rujuk Jadual Imunisasi Bayi Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

p/s Rezeki Jera dan Saqeef dapat vaksin percuma alhamdulillah.

Pemberian Suntikan Vaksin Pneumokokal di Klinik Kesihatan KKM Bermula 1 Disember 2020

 459 total views,  1 views today

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!