Loose Floral Arts – Practice Makes Perfect

Artists Aplha Watercolor

Loose Floral Arts – Practice Makes Perfect

Alhamdulillah masih dapat peluang melukis loose floral arts walaupun selit-selit masa untuk buat tugasan hakiki di rumah, blogging dan doodling. Benda kalau kita minat, macamana tak ada masa pun kita akan usahakan. Betul tak?

Ada orang tanya, macamana Ummi bahagikan masa nak melukis, update blog, buat kerja rumah, layan pokok dan layan anak-anak lagi. Entah la ek. Ummi just go with the flow. Kat rumah Abang Ilham dan Abang Syamil tu dah pandai bawa diri. Kalau Ummi memasak, Babah atau abang-abang akan handle Syahid. Masa Ummi mendoodle atau melukis loose floral, diorang bertiga akan main atau tengok movie hahaha. Yang penting kalau tengah huru-hara berserabut dengan anak-anak idok le Ummi pentingkan diri sendiri nak mendoodle atau melukis.

Loose Lavender

Alhamdulillah dah masuk 3 bulan berkecimpung dengan dunia lukisan loose floral. Yang best latihan Kelas Online Loose Floral Arts Bersama Zenu Arts, boleh di buat bila-bila masa mengikut kesesuaian dan masa terluang kita. Sebenarnya nak cakap, dah berbelas-belas tutorial Ummi baru sempat buat loose lavender ni hehe. Dah gatal tangan tak pegang brush.

loose floral art

Loose Leaf

Yang ni tutorial buat loose leaf. Ummi punya tangan ni agak kejung bila nak buat daun. Jadi Ummi memang kena rajin praktis buat daun. Geram je tengok Teacher Zenu punya daun cantik.

loose floral art

Ummi keep on practice demi menyahut cabaran Teacher Zenu untuk Pertandingan Karya Kreatif yang melibatkan semua peserta kelas online loose floral art. Kena selit masa untuk merajinkan diri pegang brush at least setengah jam sehari pun cukuplah. Memang bantu release stress tau.

Oklah, nanti Ummi share pula hasil Ummi melukis loose tulips yang kejap jadi kejap tak jadi tu ya. Till then, bye!

 442 total views,  16 views today

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!