Menu Ala Carte Baru di Wan Li Chinese Restaurant Renaissance Hotel Johor Bahru

Foods Review

Menu Ala Carte Baru di Wan Li Chinese Restaurant Renaissance Hotel Johor Bahru | Dah baca ke entri Ummi makan-makan Dimsum Lunch Buffet di Wan Li Restaurant Renaissance Hotel Johor Bahru? Lepas cuba dimsum kita cuba menu ala carte terbaru dari Wan Li Restaurant Renaissance Hotel Johor. Kussssssss semangat penuh meja tau.

Ini antara menu terbaru di sini. Sempena promosi 11.11 hari tu Wan Li Chinese Restaurant tak terlepas mengadakan promosi. Untuk menu ala carte ni ada 20% diskaun tau. Korang kena grab promosi ni. Promosi bermula 11/11/2020 2020 hingga 12/12/2020. Jom tengok apa yang Ummi makan.’

Menu Ala Carte Wan Li Chinese Restaurant Renaissance Hotel Johor Bahru, Johor.

Fragrant Fried Rice With Conpoy, Egg White, Garlic Crisps & Beet Root Juice

Small- RM 37
Large – RM55

Sebelum ni Ummi pernah minum beet root juice je. Tapi kali ni nasi goreng yang ada beet root. Memang unik dan sedap.

 Grilled Lamb Rack With Homemade Pineapple Barbecue Sauce – RM65

Bila nampak ada grilled lamb rack je Ummi tak tak keruan hahaha. Favourite uiii. Serious ni memang sedap sangat. Macam ngam sangat dengan pineapple barbecue sauce tu.

Wok Fried Australian Wagyu Beef With Foie Gras And Asparagus

Small- RM178/100gram
Large- RM288/200gram

Masya Allah. Australian Wagyu Beef tu lembut gila weh. Maklumlah daging mahal. Memang puas hati la. Dicelah-celah daging tu kalau korang perasan ada Foie Gras. Apa tu?

Haaaa kalau korang nak tahu itulah hati itik. Dia punya tak syok makan wagyu beef sampai tak sedar rupanya kunyah hati itik hahaha.

Stir- Fried Prawns Fritter With Curry Butter Milk Sauce

Small- RM58
Large- RM 88

Mula-mula Ummi macam, ahhhh malaslah makan menu ni. Sebab macam dah biasa sangat masak salted egg prawn. Hellooooo makcik.. ini buka salted egg prawn ok, ini Stir- Fried Prawns Fritter With Curry Butter Milk Sauce. Hahaha makcik salah teka rupanya. Sekali masuk mulut eh tak nak berhenti. Lagi-lagi bila tergigit buah delima tu.

Wok- Fried White Bait With Spicy Crispy Garlic

Small- RM30
Large- RM 40

Ini pun sedap. Tapi bukan favourite Ummi.

Glazed Air -Dried Beef Fillet With Chilli Sauce

Small- RM38
Large-RM52

Pertama kali makan beef fillet. Sedap rangup.

Fragrant Fried Chicken With Dried Chilli, Garlic And ”Scheczuan” Pepper

Small- RM26
Large – RM 44

Ini pun mula-mula Ummi pandang sebelah mata. Bila dah rasa eh sedap kau. Berebut makan dengan Sunah, Nona dan Ajan hehehe.

Free Range Chicken With Fried And Black Truffle

Small- RM33
Large – RM 48

Double – Boiled Silky Fowl Soup With Dark Garlic King, Conpoy And Vegetable RM28

Chilled Mango Puree And Pomelo And Homemade Custard Bun – RM22

Haaaaa penutup segala penutup. Desert sedap ni Chilled Mango Puree And Pomelo And Homemade Custard Bun. Must try! Custard Bun tu lembut gila. Dalamnya ada custard yang sedap. Mango Puree and Pomelo tu nyaman sejuk lalu ditekak.

Fuhhhh, sendat perut makan. Portion setiap satu hidangan memang puas hati tau. Kalau datang berempat macam kami ni memang cukup kenyang dah.

renaissance johor bahru hotel johor bahru johor malaysia

Ini aksi berebut Australian Wagyu Beef. Sambil-sambil diorang nak cari hati itik yang sedap hehe. Overall, memang puas hati makan di sini. Paling Ummi suka wagyu beef, grilled lamb rack, stir-fried prawn with curry butter milk sauce dan Chilled Mango Puree And Pomelo And Homemade Custard Bun.

Kalau ada kesempatan, insha Allah nak cuba lagi. Jangan lupa tau korang cuba menu ala carte terbaru dari Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Hotel Johor Bahru ni. Promosi diskaun 20% masih berlangsung. Jangan terlepas, rugi! Jangan lupa patuhi SOP ya!

Waktu Operasi Wan Li Chinese JB

Makan Tengahari
Isnin – Ahad: 11.30am – 3.00pm

Makan Malam
Isnin – Ahad: 6.30am – 10.00pm

Alamat:

Renaissance Johor Bahru Hotel, 2 Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya, Masai, 81750, Johor

Untuk tempahan http://bit.ly/TableAppWanLi
atau
hubungi +6073813388
atau WhatsApp ke
https://wa.me/60187800787

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Menu Ala Carte Baru di Wan Li Chinese Restaurant Renaissance Hotel Johor Bahru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!