Rasai Keunikan Pizza Kayu Api dari Qulai Pizza

Foods Review
Rasai Keunikan Pizza Kayu Api dari Qulai Pizza

Rasai Keunikan Pizza Kayu Api dari Qulai Pizza | Beberapa minggu lepas Kak Leen cerita yang dia makan pizza kayu api di Qulai Pizza. Ownernya one of the ex-boss di PTP. Bila dia sebut nama Ummi kenallah orangnya walaupun tak sedepartment. Pernah la beliau ni join masa batch Ummi PTP Team Building tahun 2008 kot tak silap dulu. Kebetulan juga minggu lepas group lunch delivery PTP ada promote pizza dari Qulai Pizza ni. Apa lagi lajulah Ummi grab promo 3 larges pizza dengan harga RM49.00 sahaja.

Rasai Keunikan Pizza Kayu Api dari Qulai Pizza

November & December Promotion

?

3 of 12-inch Pizzas for RM49 only !

You can choose 2 pizzas from :
?
Qulai Signature
?
Chicken Pepperoni
? Cheezy Cheese

& you can choose 1 pizza from :
? Beef Pepperoni
? Flaming Tuna
? Asam Pedas Muo

*T&C applies

Korang boleh pilih ikut list pizza yang disenaraikan. Ummi pilih Qulai Signature Pizza, Chicken Pepperoni Pizza dan Asam Pedas Muo Pizza. Tambahan Ummi beli Beef Pepperoni. Nak bawa balik rumah untuk hero-hero yang suka beef pepperroni pizza. Kawan-kawan yang dah rasa recommend untuk cuba Asam Pedas Muo. So let’s try!

Rasai Keunikan Pizza Kayu Api dari Qulai Pizza
Credit photo: Qulai Pizza

Untuk pengetahuan korang, kesemua pizza dimasak menggunakan dapur batu. Dapur batu ni siap ada nama ok. Kreatif kan. Ummi tak pernah lagi la makan kat sana. Cuma sempatlah tengok di facebook dan instagram. One fine day, lepas PKPB boleh juga makan pizza panas-panas dari dapur batu tu hehehe.

Jom tengok apa yang Ummi order.

Rasai Keunikan Pizza Kayu Api dari Qulai Pizza
Rasai Keunikan Pizza Kayu Api dari Qulai Pizza

Pizza Asam Pedas Muo

First time makan pizza asam pedas. Idea yang menarik dan unik. Betul-betul ikut citarasa orang Melayu walaupun asal pizza dari Italy hehehe. Bila ada sentuhan kemelayuan tu buat orang Melayu tak suka pizza pun boleh jadi jatuh cinta dengan pizza Asam Pedas Muo ni. Memang sedap. Siap ada terung ko. Rasa pedas tu memang ummpphhh. Korang kena try tau!

Rasai Keunikan Pizza Kayu Api dari Qulai Pizza
Rasai Keunikan Pizza Kayu Api dari Qulai Pizza

Qulai Signature

Ini adalah signature pizza untuk Qulai Pizza. Pizzanya ada mushroom, capsicum, ayam, tomato, sausage, cheddar dan mozzarella cheese dan yang paling penting disedapkan lagi dengan “secret homemade pizza base sauce”.

Chicken Pepperoni Pizza

Chicken pepperoni pun kita bedal awakkk. Ada chicken pepperoni (of course! hehehe), mushroom, tomato, mozarella cheese dan “secret homemade pizza base sauce”.

Beef Pepperoni Pizza

Ini untuk hero-hero kecil di rumah. Ummi tak sampai hati nak makan sedap sorang-sorang. Sucikan hati seorang Ummi ni? ekekeke. Beef pepperoni ni pun sama macam chicken pepperoni. Kesemua pizza di Qulai Pizza ni ada resepi rahsia untuk menghasilkan sos pizza yang lain dari yang lain. Jadi kalau korang makan nampaklah kelainannya.

Ini gambar yang sempat Ummi snap sebelum makan. Ko ingat boleh terus makan ke selagi Ummi Ilhams tak snap gambar makanan dan ajak korang wefie hahaha. Gambar orang lain tetiba Ummi segan nak snap hahaha. Hari tu, satu level Ummi belanja makan pizza. Misi #gemokbersama hahahaha.

Overall, Ummi recommend korang untuk cuba pizza di Qulai Pizza ni especially Pizza Asam Pedas Muo tu. Serious sedap! Orang Kulai sila terjah Qulai Pizza ok, orang Gelang Patah pun dah cuba tau. Korang bila lagi?? Nak order boleh contact nombor kat bawah tu ya. Nak dine in (sila patuhi SOP), take away boleh, delivery pun boleh. Available juga untuk delivery melalui Foodpanda.

LOKASI QULAI PIZZA KAYU API

Alamat:

Qulai Pizza Kayu Api
2023, Jalan Manggis, Kampung Pertanian, 81000 Kulai, Johor

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin (11am – 10pm)

Email: qulaipizzaofficial@gmail.com

Instagram – @qulaipizzaofficial

Foodpanda – Qulai Pizza

Loading

Related Posts

5 thoughts on “Rasai Keunikan Pizza Kayu Api dari Qulai Pizza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!