Kayuh Santai Bakar-bakar Lemak

Geng Kayuh

Kayuh Santai Bakar-bakar Lemak | Ecehhhh tajuk macam beriya. Puas fikir nak fikir tajuk ni tau. Aktiviti petang hari Khamis public holiday Maulidur Rasul Khamis, geng emak-emak mengayuh folding bikes. Dari kiri Mama Rayyen, Ummi Ilhams, Mommy Ngah dan Ibu AqilAriq. Oleh kerana dah agak lewat petang, jadi mampu mengayuh 8km je. Kalau ikut Mommy Ngah dan Ibu Double A tu mahu jejak ke Pendas.

Sebenarnya Ummi tak ada folding bike. Folding bike Ummi guna si pinky tu Mommy Ngah punya. Dia dah beli folding bike baru jadi Ummi pinjam folding bike dia yang lama. Saja gatal tak nak kayuh mountain bike. Kesian basikal Ummi kena tinggal kat rumah.

Tumpang posing dengan folding bike baru Mommy Ngah, Camp X-Five Folding Bike. Mantap eh. Syok je bawa basikal baru ni. Korang boleh tengok specification yang Ummi sertakan di bawah. Kot lah ada yang berkenan nak beli model yang sama.

CAMP XFive Folding Bike (TIAGRA 2x10Speed) Specification:

??‍♀️ Chromoly Frame
??‍♀️ SHIMANO Tiagra Gearset (2x10Speed)
??‍♀️ PROWHEEL Hollow Crank (50/34)
??‍♀️ TEKTRO Hydraulic Disc Brake
??‍♀️ 40mm High Profile Wheelset
??‍♀️ Sealed Bearing Hub (Kuat Bunyi)
??‍♀️ Detachable Pedal (Can store under seat)

Giliran diorang pulak posing. Kami mengayuh dari Desa Paya Mengkuang, keluar jalan kampung sehingga Kg. Pok dan patah balik. Tak boleh la nak beat Babah dan Kura-kura Cycling Team yang mengayuh berpuluh ratus kilometer tu hehe. Jadilah kan buat bakar-bakar lemak degil ni. Dari Ummi duduk rumah sambung tidur baiklah mengayuh sikit-sikit.

Ok nanti Ummi update lagi kalau ada kerajinan mengayuh. Nak panjat bukit Sireh Park masih tutup lagi jadi kita leha-leha kayuh basikal hehe. Till then, babai!

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!