Riadah Pagi Sabtu | Berbasikal & Berjalan Kaki Sekitar Desa Paya Mengkuang

Family's Activity

Riadah Pagi Sabtu di Padang Bola Sepak Desa Paya Mengkuang | Aktiviti kami minggu lepas, beriadah di dalam taman perumahan sahaja. Tukang plan Mommy Ngah dan Ibu Aien la. Anak-anak apa lagi memang suka la dapat main sama-sama. Diorang plan nak berbasikal, Ummi dan Syahid je la brisk walk sambil back carry Syahid. Masa ni Babah kena masuk office sekejap.

Pagi-pagi memasing dah get ready. Mommy Ngah kata siapa lambat bangun kena tinggal. Jadi ada sorang je lah ahli yang kena tinggal sebab tak boleh bangun hahaha. Kesian Mak Wee. Makan hati tengok gambar hehehe. Tak apa petang-petang je Mak Wee join. Dah boleh bagi nama cycling team ni ek hehehe.

Ummi bersama budak seketul ni di belakang. Kami sampai lewat sikit. Diorang dah siap pusing taman naik basikal baru kami sampai. Lepas tu Ummi brisk walk 6 pusingan padang bola sepak. Jadilah dapat 6 pusingan tu, itu pun ada stop main buai hahaha.

Diorang syok main kejar-kejar kat padang.

Lepas tu sambung main kat play ground. Emak-emak pun join sekali main buai sambil lepak-lepak bersembang.

Budak kecil ni syok dapat bebas join abang main.

Lepas dah beriadah, Ummi upah aiskrim sorang sebatang. Ehhh Babah yang belanja Ummi tukang beli je. Suka betul memasingkan. Kalau boleh tak nak masuk ke rumah tu, nak teruskan main.

Cuti public holiday, aktiviti diorang mengayuh basikal sekeliling taman lagi. Babah ke Forest City, abang-abang ikut Mommy Ngah. Ummi dan Syahid stay at home. Petang je baru turn Ummi pula mengayuh dengan Mommy Ngah, Ibu Double A dan Mama Rayyen. Next post!

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Riadah Pagi Sabtu | Berbasikal & Berjalan Kaki Sekitar Desa Paya Mengkuang

  1. Makk aii, serabutnya line tu hahahaha, tu sesat ke pusing-pusing patah balik tu hahahaha…
    Bestnya lahai anak-anak kecik tgh excited tu… ni anak dah beso, jangan kata basikal, ajak jalan bristwalk pun malas hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!