Penginapan 2 Hari 1 Malam di Forest City Marina Hotel

Blogger Review

Penginapan 2 Hari 1 Malam di Forest City Marina Hotel | Alhamdulillah last minutes plan untuk bermalam di Forest City Marina Hotel (Phoenix Hotel) berjalan dengan lancar. Eceehhh. Sebenar-benarnya memang Ummi plan nak stay kat mana-mana hotel sempena anniversary ni, tapi dek kes COVID-19 yang mencanak naik buat Ummi seriau. Tengah makan tengahari terus Ummi sebut nak tidur kat hotel Forest City, anak-anak apa lagi bersorak girang. Teruslah Ummi search apa yang patut dan terus call for reservation.

Jauh sangattttttttt nak ke Forest City. Jumpa jam 5 kali. Sempat bangun tidur bangun 3 kali :p

Bila buka page Forest City Marina Hotel nampaklah promosi Super Deal ni. Rupa-rupanya Forest City Marina Hotel sedang mengadakan promosi penginapan 1 malam untuk Superior Room dengan harga RM199 sahaja. Promosi ini termasuklah 2 pax untuk sarapan, 2 pax untuk minum petang dan 2 pax untuk makan malam.

PROMOSI SUPER DEAL FOREST CITY MARINA HOTEL termasuklah:

✅

Penginapan 2 hari 1 malam di Superior Room
✅
2 Sarapan Pagi + 2 Minum Petang + 2 Makan Malam
✅ Hanya RM 199!

Kemas-kemas baju and let’s goooooooooooo!!!

Nampak tak dua orang budak yang tak menyabar tu hahaha.

Forest City Marina Hotel adalah terdiri daripada 283 bilik yang luas dan selesa dengan kemasan dan tata hias yang menarik. Para tetamu dapat menikmati pemandangan Selat Johor 270 darjah tanpa perlu meninggalkan bilik. Memang jelas pemandangan negara jiran dan juga Pelabuhan Tanjung Pelepas. Tetiba hilang mood bercuti Ummi teringat pula pada kerja hahahaha.

Kami menginap di bilik 6035, tingkat 6.

Biasalah diorang ni, nak buka pintu pun berebut. Kalau suruh buka pintu rumah tak nak pula berebut eh.

Jom tengok apa fasiliti yang ada di Forest City Marina Hotel.

Bilik Air dengan kemudahan asas biasa, ada bath tub, hair dryer etc.

Almari, peti besi & peti sejuk. Seterika tak disediakan. Kalau nak iron baju bilik khas disediakan di tingkat 7.

Workstation & sofa.

Oleh kerana Ummi main terjah je, jadi dapatlah twin bed. Nak king or queen semua dah fully booked. Setakat semalam tidur tu muat la kami lima beranak hehehe.

Televisyen, cerek elektrik dan teh/kopi.

Sebelum turun untuk hi-tea sempatlah posing anak beranak di balkoni. Wefie Ummi Babah ambil mood 12th anniversary. Gitewwww.

Next, posing lima beranak yang muka seloyang kata Mak Inche hahaha. Alhamdulillah muka sepusat sepusing. Anak-anak happy Ummi Babah double triple happiness haha. Lepas berposing, anak-anak siap salin swimming suit. Lepas minum petang memasing dah tak sabar nak terjun swimming pool.

Promosi Super Deal Forest City Marina Hotel – Minum Petang Untuk 2 orang

Minum petang di Korean Style L Lounge.

Menu minum petang, fresh orange, red velvet cake, cookies dan cream puff.

Muka budak-budak tak sabar nak terjun kolam.

Babah je melayan diorang terjun kolam. Ummi tak kuasa nak basah-basah hahaha. Nasib Babah la tiga-tiga anak bergayut memasing nak Babah bawa keliling kolam hehehe. So far masa kami turun kolam ni tak ramai orang yang ada. Lepas syok berendam, diorang salin baju dan kami meronda ambil angin di tepi pantai sebelum maghrib.

Teringin nak berjet ski boleh la try kat sini.

Penginapan 2 Hari 1 Malam di Forest City Marina Hotel

Sempatlah posing huru hara lima beranak. Nak naik tangga menunggu ke syurga ramai pula orang beratur hahaha.

Meresai rambut Babah kau hahaha. Masa sebelum ke area ni, awal-awal Syamil dah warning Ummi. Ummi tu mesti nanti nak tengok pokok-pokok kat situ hahaha. Semua pokok Ummi suka. Lepas pusing-pusing sekejap kami terus balik ke bilik semula. Lepas maghrib baru kami turun untuk makan malam.

Promosi Super Deal Forest City Marina Hotel – Makan Malam Untuk 2 orang

Pilihan makanan memang taklah meriah sangat, tapi cukup sedap ditekak kami.

Abang Ilham bertambah dua kali ui. Apa tidaknya, lauk favourite dia ayam masak lemak cili api ada. Dendeng daging pun dia kata sedap.

Penginapan 2 Hari 1 Malam di Forest City Marina Hotel

Budak kecil sorang ni, tengah makan boleh tertidur. Dah penat sangat agaknya. Balik ke bilik dia sambung tidur sampai ke pagi.

Sempat lagi posing satu kali. Ummi suka interior design di Forest City Marina Hotel ni. Memang cantik.

Penginapan 2 Hari 1 Malam di Forest City Marina Hotel

Sebenarnyakan, Ummi memang siap bekal baju sekolah diorang. Plannya nak ke sekolah dari Forest City. Memang tak ada niat nak ponteng. Sekali Ummi terbabas bangun tidur daaaaa. Tengok jam dah nak dekat pukul 7am. Maka Ummi suka suki pontengkan diorang sekolah. Cepat-cepat Ummi whatsapp guru kelas masing-masing.

Penginapan 2 Hari 1 Malam di Forest City Marina Hotel

Sebelum turun breakfast, hujan dah mula turun. Hancur harapan budak-budak tu nak repeat turn kolam. Kalau ikutkan memang tak ada plan pun sebab plan asalkan diorang sekolah ekekeke. Jom tengok menu sarapan kami.

Promosi Super Deal Forest City Marina Hotel – Sarapan Pagi Untuk 2 orang

Untuk sarapan pagi ni Abang Ilham kenan caj RM23.10, untuk hitea dan dinner FOC. Ada lagi makanan yang Ummi tak snap hehehe. Nasi lemak yang Syamil dan Syahid makan hehehe.

Muka baru bangun tidur haha. Hujan renyai-renyai berat mata memasing nak bangun. Tak apa Ummi bagi peluanglah korang ponteng hehe. Lepas breakfast balik ke bilik semula baring-baring, guling-guling. Abang Ilham dan Abang Syamil tak dapat turun swimming pool, diorang request nak berendam dalam bath tub. Suka hati la nak. Syahid pun join abang-abang tapi tak lama. Gigil budak cenonit tu lama-lama.

Dalam pukul 12pm kami check out. Sebelum balik sempat berpusing-pusing lagi acah-acah tourist di kampung sendiri hahaha. Sebenarnya Ummi nak bawa diorang ke Forest City Eco Museum. Tapi dah tersuruh Babah alih kereta ke area Forest City Sales Gallery. Rupa-rupanya Forest City Eco Museum tu dekat je dengan hotel. Sudahnya kami isi perut di Marrybrown dulu sebelum balik ke rumah. Ummi memang malas nak masak sebab petang memang dah plan nak dinner di Me’nate Steak Hub JB.

Alhamdulillah niat Ummi nak spend time dengan Babah dan anak-anak sempena anniversary ke 12 berjaya. So far puas hati stay 2 hari 1 malam di Forest City Marina Hotel ni. Selesa sesangat dan makanan pun sedap.

Penginapan 2 Hari 1 Malam di Forest City Marina Hotel

Memang masa kami banyak kat bilik je la. Malam tu tak kuasa pulak nak meronda di mall sebelah sebab sebenarnya Ummi kena siapkan kerja sikit haha. Dah la PTP kat sebelah, bawa pula kerja memang tak berapa feel lah ekeke. Ummi ok je. Selesa nak buat kerja di workstation dalam bilik tu. WiFi pun ada lagilah laju.

Ok untuk korang yang nak spend time bersama keluarga bolehlah ke Forest City Marina Hotel, Gelang Patah. Dekat je kalau orang kampung boring nak tidur kat katil sendiri kat rumah tu. Meh la check in bawa family hehehe. Cepat grab promosi Super Deal Forest City Marina Hotel, penginapan 2 hari 1 malam hanya RM199 untuk Superior Room.

Info lanjut:

FACEBOOK FOREST CITY MARINA HOTEL

Tempah sekarang!!
☎ Tel: +607-505 3333
✉ Email: rsv_slcs@countrygarden.com.cn

Alamat:
Forest City Phoenix International Marina Hotel,
Jln Forest City – Lebuhraya Tanjung Pelepas,
Pulau Satu, 81550 Gelang Patah, Johor

Loading

Related Posts

9 thoughts on “Penginapan 2 Hari 1 Malam di Forest City Marina Hotel

  1. Waaa bestnyaaa, dah macam stay rumah sendiri plak kemain beso.. one day nak stay sini laaa…
    Ini kalau Yana nengok, tak lain terjun leee dia sampai ke malam tu..macam bebudakkk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!