Riadah Sabtu di Emerald Lake Sunway Iskandar

Family's Activity

Riadah Sabtu di Emerald Lake Sunway Iskandar | Cerita riadah bulan lepas. Sejak mulakan riadah Sabtu The Ilhams dan Double A ni, setiap Sabtu diorang menanti aktiviti-aktiviti seterusnya. Mula-mula diorang je yang nak ke sini, lepas dapat green light dari Babah, Ummi dan Syahid pun join sekali. Pertama kali kami beriadah di sini. Tempat baru, memang cantik viewnya. Sesuai untuk riadah sekeluarga, joging, cycling, nak bagi makan ikan pun boleh.

Baca juga: Cara untuk move on boleh healing sekali kat Emerald Lake ni hehehe.

Kekadang ada juga aktiviti senaman kat sini tau. Ada ruang dataran kecil tu untuk senaman. Boleh juga duduk di tangga-tangga tu.

Ada meja dan bangku untuk duduk-duduk santai sambil berdiskusi.

Kat sini ada juga ada pelantar untuk yang nak bagi makan ikan. Ehhhh apa lah ayat Ummi ni. Nak susun ayat pun tak pandai hahaha. Pelantar tu korang faham la kan. Takkan nak sebut jeti hahaha.

Ummi macam biasalah menggendong (back carry) my baby tua sorang tu hehe. Baby wearing sangat membantu sejak azali ecehhh. Senang nak beriadah walaupun dengan anak kecil. Hanya perlu biasakan gendong dari baby, insha Allah sampai ke besar dia suka je digendong.

Riadah Sabtu di Emerald Lake Sunway Iskandar

Beriadah dengan anak-anak haruslah ada bekalan untuk alas perut walaupun Mommy Ngah dan Ibu diet hahaha. Ummi belum diet, jadi boleh join anak-anak makan mee goreng sedap air tangan Mommy Ngah hehe. Dah puas pusing kami duduk berkelah di bahagian hujung tasik.

Menu sihat Mommy Ngah. Vege Wrap. Gitewww.

Ini dia 5 abdul yang ada haha. Sempat main kad boboiboy. Yang paling kecil tu beriya je bukan faham pun hahaha.

Tengah duk makan sambil berborak, tiba-tiba ada seorang wanita muslimah lalu. Ilham cakap, Ummi itu macam ustazah Ilham la. Ummi pun apa lagi suruh la Ilham tegur ustazah dia hehehe. Memang betullah Ustazah Zaharah yang dimaksudkan oleh Ilham. Jadinya ada la sesi berkenalan dengan emak-emak di tepi tasik hehe.

Sporting ustazah nak layan murid-murid dan bakal murid kat belakang tu hehehe.

Murid paling kecil tu pun sibuk nak jengah bila ustazah ajak wefie. Ecehhhh kemain lagi dia kan.

Last but not least, gambar kenangan bersama ustazah. Kesian ustazah, penat joging tapi kena sabotaj mee goreng semangkuk bersama air kotak milo hehehe. Sorry ustazah, rezeki kena kongsi-kongsi kalau nak keberkatannya hehehe.

Baca juga : Jom Ambil Angin di Dataran Mahkota Kota Iskandar

Ummi acting beranak 5 orang anak lelaki hehehe.

Last picture of the day, gambar diorang berenam. Overall memang best juga ke sini. Selain dari pemandangan yang cantik, dapat juga relaks santai di sini bersama keluarga. Sebenarnya semalam Ummi plan nak brisk walk degan Mama Rayyen kat sini tapi gerimis pagi terus jek Ummi batalkan niat. Oklah, nanti Ummi share lagi episod riadah Sabtu bersama The Ilhams dan Double A (BFF The Ilham, Aqil & Ariq).

Kalau korang yang belum pernah sampai sini, tercaro-cari mana lokasi Emerald Lake, boleh la menuju ke Sunway Big Box. Bila jumpa round about tu korang menghala ke kiri terus menuju ke Sunway Citrine Hub. Emerald Lake tu betul-betul bersebelahan dengan Sunway Citrine Hub & Sunway Citrine Residence. Boleh rujuk google map tu ya.

LOKASI EMERALD LAKE, SUNWAY ISKANDAR.

? Jalan Medini Selatan 10, 81550 Iskandar Puteri, Johor.

Tengok video di channel Youtube Hernee Nazir:

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Riadah Sabtu di Emerald Lake Sunway Iskandar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!