Cara Mudah Pembiakan Pokok Lidah Mak Mentua Menggunakan Air (Water Propagation)

Ummi Ilham's Mini Garden

Cara Mudah Pembiakan Pokok Lidah Mak Mentua Menggunakan Air (Water Propagation) | Cerita masa PKP, lama sangat kan terperuk di rumah jadi macam-macam aktiviti dibuat. Antaranya macam biasalah membelek Ummi Ilham’s Mini Garden.

Ummi lupa sebenarnya bila mula Ummi potong keratan Snake Plant aka Lidah Mak Mentua rasanya macam dalam bulan April eh kejap macam Jun hehe. Whateverlah! yang penting ada juga hasilnya hehe. Saja je buat eksperimen sorang-sorang.

Cara Mudah Pembiakan Pokok Lidah Mak Mentua Menggunakan Air (Water Propagation)

  • Potong daun snake plant. Jadikan beberapa keratan.
  • Sediakan balang atau botol kaca berisi air.
  • Rendamkan keratan snake plant tadi.
  • Kerapkan tukar air 3 – 4 hari sekali.
  • Perhatikan proses pembiakan akar baru seterusnya menghasilkan anak pokok snake plant pada keratan daun tersebut.

Berminggu-minggu juga Ummi menanti akar dari keratan snake plant tu muncul. Dalam masa menunggu tu memang kena kerap tukar air. Ini salah satu tips membiakkan snake plant menggunakan air. Pokok-pokok lain pun sama, bagus juga untuk mengelakkan makhluk lain pula yang membiak dalam air.

Alhamdulillah bulan Oktober, dah muncul dah daun snake plant tu. Ada tiga anak pokok semuanya. Hoyeahhhhhh.. I am a happy plant mama! Gambar masa kecil Ummi ada snap, tapi mana ghaib entah.

Sabtu lepas berjalan-jalan itik di padang bola sepak Desa Paya Mengkuang, Ummi sambung pula keluarkan peluh di rumah hehehe. Sejak mula kerja bulan September, anak-anak pokok banyak terabai. Sempat jugalah Ummi alihkan anak snake plant ni ke dalam pasu. Semoga membesar dengan jayanya ya anak-anak pokok kesayangan.

Korang yang teringin nak water propagate snake plant cubalah buat macam Ummi tu ya. Tak rugi mencuba hehehe. Menambahkan oksigen di sekitar rumah hehe. Selamat mencuba!

Baca juga:: Indoor Plants/ House Plants – Koleksi Terbaru Ummi Ilham’s Mini Garden

Jom follow instagram @ummiilhamsminigarden

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Cara Mudah Pembiakan Pokok Lidah Mak Mentua Menggunakan Air (Water Propagation)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!