Ilham Syahid & Ahmad Farabi – Kami Geng Cleft Lip & Palate

Ilham Syahid & Ahmad Farabi – Kami Geng Cleft Lip & Palate | Setahun yang lepas, Ilham Syahid jumpa Abang Farabi. Ummi Farabi ni geng dalam group cleft (smile always). Selama ni Ummi hanya berbual dalam whatsapp je. Tahun lepas pertama kali kami berjumpa. Kebetulan TCA sama date di Hospital Sultanah Aminah.

Terima kasih Zie gigih naik klinik pakar kulit nak jumpa kami tau. Insha Allah panjang umur jumpa lagi. Semoga hero-hero special kita membesar dengan sihat dan berjaya dunia akhirat.

Terima kasih ibu-ibu dalam group cleft yang tak pernah jemu berkongsi pengalaman, ilmu dan semangat. Allah saja yang mampu membalasnya. We are the chosen one! ❤️❤️❤️❤️❤️.

Untuk ibu ayah yang ada anak cleft lip atau palate (or both) jomlah join group kami. Sekurang-kurangnya dapat juga kita berkongsi rasa dan pengalaman. Ujian setiap dari kita berbeza. Jangan sesekali dibandingkan anak kita yang cukup sempurna dengan anak yang kurang sempurna. Tak payah malu kalau punya anak cleft (sumbing). Mereka juga manusia biasa yang seharusnya membesar seperti kanak-kanak lain. Biarkan sajalah orang keliling nak cakap apa. Mereka semua bukan Tuhan. Ummi dan Babah tak rasa langsung yang Syahid ni lain dari abang-abang. Syahid dah cukup sempurna di mata kami. Mudah-mudahan Syahid menjadi asbab Ummi dan Babah ke syurga 😘.

Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Syahid pun dah settled urusan pembedahan lip and palate 4 bulan yang lepas. Syukur tak terhingga. Bilalah Ummi mampu nak menaip pengalaman pembedahan Syahid tu ya. Doakanlah Ummi rajin menaip nanti. Doakan anak-anak cleft lip and palate di seluruh dunia membesar sihat dan bijak seperti kanak-kanak lain.

 247 total views,  2 views today

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!