Makan Tengahari di Asam Pedas House UDA Business Centre

Foods Review

Makan Tengahari di Asam Pedas House UDA Business Centre | Cerita selepas 3rd follow up check up Ilham Syahid minggu lepas. Perut dah lapar berkeroncong, maklumlah tak sarapan pagi tu. Ummi malas nak sarapan beriya sebab hanya ibu yang dibenarkan membawa anak yang nak berjumpa doktor, otak Ummi ni fikir nanti kalau sakit perut naya oiii mana nak letak Syahid hahaha. Nasiblah Ummi kau memang begini hahaha. Nak cari menu sarapan pagi memang rasanya dah tak ada, sebab dah nak masuk jam 11 pagi. Jadi Ummi cakap dengan Babah, kita brunch je la hehehe.

Menu yang ada di Asam Pedas House. Memang banyak, sampai rambang mata Ummi nak pilih yang mana.

Pilihan Ummi Teh Ais Layer dan Babah Epal Asam Boi. Teh Ais Layer tu sedap ui. Rasa sekali sedup boleh habis hahaha.

Pilih punya pilih Babah kata nak makan Ikan Siakap Goreng. Ummi ok je. Sedap ikan siakap goreng ni. Cicah dengan kicap dan sambalnya tu sedap macam sambal nasi ayam penyet hehe.

Sayur kami pilih Kailan Ikan Masin.

Tambahan, Tauhu Manja. Sedap uolls. Teringat pula Tauhu Lentok di R&H Cafe (Sate Mahanari), Muar.

Dah namanya kedai asam pedas, nak lah juga rasa power tak power asam pedasnya kan. Oleh kerana tak nak membazir banyak-banyak order, kami hanya minta kuah asam pedas je. Memang sedap asam pedasnya. Serius tak tipu hehehe.

Mula-mula si kecil ni tidur. Ehhh sempat jelir lidah eh. Baru je Ummi nak menjamah makanan dia dah bangun. Cissss. Teruslah join sekali Ummi Babah makan.

Ummi terletak kuah kailan ikan masin pada nasi dia, sekali tengok naik merah kat pipi dan dagu. Erkkkkk cari nahas tau Ummi ni. Lupa pulak anak sorang ni memang fragile hehe. Banyak perlu dipantangkan hehe. Satu-satunya anak yang ada eczema. Telur pun dia alah. Kalau termakan konfem naik merah kat dagu lekuk dia tu hehehe.

Ehhh.. ehhhh melalut. Overall, sedap makan kat sini. Insha Allah kalau teringin nak hirup kuah asam pedasa lagi kami repeat makan sini. Kalau nak cuba boleh rujuk lokasinya di bawah.

FACEBOOK – ASAM PEDAS HOUSE

Alamat:
No. 2 Jalan Padi Emas 1/2,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor.

https://wassap.my/60197780633

Loading

Related Posts

6 thoughts on “Makan Tengahari di Asam Pedas House UDA Business Centre

  1. Oii sedapnyaaa… pernah makan sekali rasanya asam pedas dia ni, boilehlaaa tahan sedap… lama gile tak ke Uda Bisness tu..Muaz dah memanggil..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!