Kedai Emas Perling “Emas Trendy, Harga Friendly”

Kedai Emas Perling “Emas Trendy, Harga Friendly” | Ceritanya bermula begini. Setelah setahun lebih Ummi lupa pakai gelang tangan Ummi selepas melahirkan Syahid, akhirnya barulah Ummi nak pakai semula. Eloknya je Ummi pakai sehari dua, tiba-tiba gelang Ummi tersangkut di kain cadar. Lebih malang gelangnya terputus memang tak boleh disambung lagi. Bila Babah offer nak belikan gelang baru, Ummi pun ajaklah Mommy Ngah dan Ibu AqilAriq ni teman Ummi ke Kedai Emas Perling. Kedai ni pun diorang la yang syorkan memandangkan diorang pelanggan tetap. Ummi ni bukan “kaki emas” memang blur la bab emas ni. Gelang dan rantai pun tak suka yang besar, yang halus je idaman kalbu. Gelang yang putus tu Babah belikan di Senggarang. Dah dalam kenangan la hehe.

Lebih kurang jam 9.30 pagi kami keluar dari rumah, menuju ke Taman Perling. Kata diorang Kedai Emas Perling buka jam 10 pagi. Sampai-sampai je tengok belum ada pelanggan dan dengan bangganya konon jadi pelanggan terawal. Rupanya kedai belum buka daaaaa. Kedai Emas Perling buka jam 11 pagi, jadi kami hanya ambil nombor giliran saja. Buat pertama kali, diorang kata dapat giliran nombor satu hehe.

Ummi bawa dua orang PA untuk jadi penasihat dan pakar tawar menawar hehehe. Nasiblah diorang pandai jalankan tugas. Kalau tak memang Ummi tinggalkan je diorang balik jalan kaki hahaha. Alhamdulillah gelang putus berganti baru ditambah teman dengan cincin sebentuk hehe.

Dengan pembelian dua jenis barang tu, Ummi dapat voucher diskaun RM3/gram untuk setiap pembelian. Macam nak suruh beli lagi je.. ehhhh :p Korang yang nak beli emas, cepat-cepat serbu Kedai Emas Perling tau. Memang sesuailah tagline yang digunakan “Emas Trendy, Harga Friendly”. Bukan saja harga friendly, boss dan staffnya pun friendly. Sekarang harga emas tengah turun, Kedai Emas Perling juga sedang melancarkan promosi “GOLD FIESTA BLOOMING” dari 21 hingga 31 September 2020. So korang tunggu apa lagi. Serbu cepat pastikan ikut SOP ok! Info lanjut boleh baca di bawah tu ya.

Harga Promosi GOLD FIESTA BLOOMING 💕 21-31 September

Harga emas turun mendadak hari ini DISKAUN RM5/g dari semalam dan DISKAUN RM10/g dari hari kelmarin.Apa lagi Jom shopping emas Di kedai emas perling hari ini😱😱😱

✅Barang biasa↘️
✅Atas 10g Rm260/g PERCUMA UPAH
✅Bawah 10g RM265/g PERCUMA UPAH

✅Exclusive item rm275/g
✅Charm rm276/g + upah dan ade juga tiada✖️upah (berdasarkan design)
✅Charm hardgold VIRAL rm290/g +upah Belian online sila follow instruction di bawah

LOKASI KEDAI EMAS PERLING

14, Jalan Camar 2, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor

WAKTU PERNIAGAAN KEDAI EMAS PERLING

Facebook: Kedai Emas Perling Sdn Bhd

Instagram: https://www.instagram.com/kedaiemas_perling/

INFO LANJUT, HUBUNGI:

Ummi Sholeh (Staff in charge)
012-2572713
010-3578203
07-2075335

 292 total views,  5 views today

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!