Resipi Popia Cheese Carbonara

Resipi Popia Cheese Carbonara | Cerita projek masak-masak di musim PKP. Lama kan Ummi perap popia cheese carbonara dalam draft hehehe. Masa tempoh PKP, terperuk dalam rumah bersama anak-anak sekejap je dah lapar semula. Jadi Ummi pun merajinkanlah diri buat menu kudapan petang. Memang sebelum ni tak pernah pun cuba buat Popia Cheese Carbonara ni. Pernah makan yang Mama Cu je bagi. Ohhh sedap rupanya. Itu yang cuba la buat guna air tangan sendiri hehe.


RESIPI POPIA CHEESE CARBONARA


Bahan-Bahan:

Kulit popia
200gm daging ayam cincang
1/2 biji Bawang Holland
3 Ulas Bawang Putih
3 batang sosej
1 botol Sos Karbonara Prego
2 Keju Cheddar
1/2 sk serbuk lada hitam
Lobak Merah (parut panjang)
Telur
Keju Cheddar

Cara-cara :

Tumiskan bawang holland bersama bawang putih sehingga sedikit layu. Masukkan ayam cincang. Kacau sedikit dan biarkan ayam separuh masak. Kemudian masukkan sosej. Kacau lagi. Masukkan 1 tin sos carbonara. Kacau sebentar. Tambahkan serbuk lada hitam dan kepingan keju. Kacau dan masak sehingga kuah carbonara sedikit kering. Sediakan kulit popiah. Letakkan inti secukupnya, sedikit lobak merah dan keju cheddar. Gulungkan popiah dengan kemas. Sapukan sedikit telur di hujung kulit popiah. Goreng sehingga kekuningan.

Jom kita buat!

Taraaaaa.. siap dah intinya. Ummi lupa follow resipi mana.

Bentangkan kulit popia dan letakkan inti dan keju cheddar.

Gulung kemas dan gamkan hujungnya dengan kuning telur dan goreng sehingga kekuningan.

Panas-panas tak sabar Ummi nak merasa. ya ampun sedap. Isi bakul angkat sendiri hahaha.

Nahhhh inilah hasilnya. Dapatlah buat kudapan petang. Ada beberapa keping Ummi frozen kan untuk simpanan masa depan ekekeke. Alhamdulillah puas hati dapat buat sendiri. Tapi nak tunggu buat lagi entah bila lah tu kan hahaha. Popia sayur pun boleh hitung la berapa kali Ummi buat. Kebiasaannya kerajinan luar biasa buat popia bila bulan Ramadhan hahaha. Oklah kalau korang buntu nak masak apa untuk kudapan petang mahupun sarapan pagi, boleh la buat Popia Cheese Carbonara ni ya. Okbai!

 376 total views,  6 views today

8 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!