Bantuan Dana Bagi Pembedahan Pemindahan Hati Adik Aafiyah Sebanyak RM120,000

Bantuan Dana Bagi Pembedahan Pemindahan Hati Adik Aafiyah Sebanyak RM120,000 | Kawan-kawan Ummi yang baik hati, mohon bantuan kalian semua. Anak sahabat Ummi memerlukan dana untuk pembedahan pemindahan hati. Jom bantu meringankan beban sambil mendoakan kesihatan dan kesembuhan buat Aafiyah Humaira binti Ahmad Redhuan.

Ummi mengenali ibu Aafiyah sejak Oktober 2019 di instagram asbab dari post Ummi berkenaan dengan Pusat Rawatan Pakar Kanak-Kanak Adda milik sahabat Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru, Dr. Hairin Anissa Tajudin. Ibu Aafiyah minta pendapat Ummi untuk dia mendapatkan rawatan Aafiyah di sana. Alhamdulillah sejak dari itu dia jadi kawan Ummi, berbual di whatsapp pun macam dah kenal lama.

Dengan izin Allah pertama kali kami berjumpa masa Syahid masuk wad untuk operation lip and palate Jun lepas. Itu pun Ummi tak perasan dia. Dia yang whatsapp Ummi sebab nampak Ummi ke hulu ke hilir dalam wad hehehe. Aafiyah sebaya Syahid, disahkan menghidap penyakit Biliary Atresia. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Ummi sangat kagum dengan kekuatan ibu dan ayah Aafiyah. Demi anak mereka sanggup berkorban apa saja. Kawan-kawan, tolong doakan Aafiyah ya. Doakan pembedahan nanti berjaya dan Aafiyah dapat diselamatkan. Sayu hati tengok Aafiyah. Ummi dan Wan, akak doakan korang terus kuat ya. Insha Allah, ramai dermawan yang bakal membantu kalian nanti.

Untuk korang yang ingin membantu boleh tengok info di bawah ya. Ini latest akaun bank yang digunakan untuk mengumpul dana. Ummi copy and paste juga caption dari ayah Aafiyah. Sebarang pertanyaan korang boleh contact sendiri ibu dan ayah Aafiyah. Jasa baik kalian hanya Allah yang mampu membalasnya.

Sedikit info mengenai penyakit “Biliary Atresia” (Credit info: https://len-med.com/5706600-what-is-biliary-atresia)

Apa itu Biliary Atresia?

Atresia biliary adalah penyakit saluran hempedu yang jarang berlaku yang hanya menyerang bayi. Saluran hempedu dalam hati, juga dikenali sebagai saluran hepatik, berfungsi untuk memusnahkan lemak, menyerap vitamin larut lemak, dan membawa toksin dan produk sisa keluar dari badan.

Di atresia bilier, salurannya membengkak dan menjadi disekat. Akibatnya, hempedu meningkatkan hati dan menyebabkan kerosakan hati. Ini menjadikan sukar bagi hati untuk menghilangkan toksin dalam tubuh. Terdapat 2 jenis atresia bilier iaitu janin dan perinatal. Atresia janin bilier muncul apabila bayi masih dalam rahim. Atresia biliary perinatal adalah lebih biasa dan tidak diiktiraf sehingga 2-4 minggu selepas kelahiran. Sesetengah bayi, terutamanya yang dilahirkan dengan atresia biliari janin, juga mempunyai kecacatan di dalam hati, limpa dan usus.

🌺 Bantuan dana bagi pembedahan pemindahan hati Aafiyah sebanyak RM 120,000 🌺

Assalamualaikum wbt..
Berkenaan posting saya yg semalam, terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kpd2 kwn2 yg tidak dpt memberikan sumbangan pada saving acc saya kerana sudah di block oleh pihak bank disebabkan byk transaksi pada hari semalam. Di sini saya ingin menyatakan kawan2 atau ahli keluarga boleh menghulurkan sumbangan di acc maybank2u savers saya & butiran adalah seperti yg berikut:

👉🏻 311140652507
👉🏻 Ahmad Redhuan Maybank2u Savers

InshaAllah dgn doa & sumbangan kalian sedikit sebanyak dpt meringankan beban saya dan ahli keluarga dalam menjayakan pembedahan pemindahan hati anak saya. Saya dahului dgn ucapan terima kasih atas jasa kalian moga Allah saja yg dpt membalasnya🙏🏻❤️

*Mohon kawan2 dpt share & war warkan posting saya supaya pihak yg lain dpt tahu mengenai info terbaru ini..Sekian terima kasih😊

 255 total views,  2 views today

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!