Outfit Of The Day (OOTD) Ummi Ilhams dari The Modest Alia & Hijab by Hanami


OOTD Ummi Ilhams 180920

Baju Queeny Kurung (Sabella) dari The Modest Alia. Sebenarnya baju ni Ummi beli masa hari raya Aidilfitri, sepasang dengan Zara anak susuan Ummi dan juga Mommy Fiza. Baru je ni Ummi pakai baju ni, maklumlah raya kan duduk rumah je. So far memang Ummi suka kainnya, sejuk dan tak melekap. Paling best ironless. Kalau terbangun lambat pun kira tak payah iron hehe. Ummi memang pelanggan tetap The Modest Alia ni tau. Dah jadi pelanggan bertahun-tahun. Dah beratur baju Ummi beli dari TMA. Thanks adik manis Intan Jaliah.

Tudung Bella Meteor (XL) dari Hijab by Hanami. Ini tudung kedua yang Ummi beli dari Hijab by Hanami. Memang selesa. Saiz besar, awning cantik tak melekap. Sentiasa on point gitu. Tudung pertama warna purple yang Ummi pakai dalam entri Facebook Avatar.. Dah Terjebak Ke Belum?

Both adalah seller kegemaran Ummi. Baju dan jubah cantik-cantik dan tudung yang menepati syariah. Silalah cuci mata ya.

p/s sekali sekala mak nak berOOTD.. macam dah lama tak review baju dan tudung 😋

 183 total views,  5 views today

5 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!