Sesi Tukar Hadiah Abang Syamil & Kawan-kawan Sempena Sambutan Hari Malaysia

My Hero Kechik - Ilham Syamil

Sesi Tukar Hadiah Abang Syamil & Kawan-kawan Sempena Sambutan Hari Malaysia | Minggu lepas dapat info dari group sekolah Abang Syamil yang hari ini cikgu akan adakan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Antara aktiviti yang bakal dilakukan adalah sesi bertukar-tukar hadiah antara murid. Jadi setiap murid akan membawa satu hadiah yang berharga di bawah RM10. Hujung minggu sempatlah Ummi belikan pensel warna sekotak yang dapat percuma pensel mekanikal. Ummi dah pesan dengan Syamil, kita beli barang yang kawan boleh gunakan ke sekolah lagi dapat banyak pahala dari belikan mainan hehe.

Pensel warna tadi Ummi masukkan dalam beg kertas. Nak menambah seri beg kertas tu Ummi buatkan sekeping doodle penanda buku. Buat doodle ringkas je “floral doodle” laju sikit Ummi nak menconteng. Maklumlah masa tak banyak hehe. Alhamdulillah siap dah hadiah dari Abang Syamil untuk kawannya.

Bagi peluang hadiah ni nak posing tepi pokok Ummi hehe. Semoga bermanfaat untuk kawan yang dapat hadiah ni nanti. Harap kawannya suka la ya. Sebelum Abang Syamil turun kereta, panjang berjela pesanan Ummi.

“Syamil, nanti jangan malu-malu tukar hadiah tau. Nanti kawan pun akan bagi Syamil hadiah . Jangan malu nak ambil hadiah tu.”

Dia balas dengan senyuman meleret sampai tahap nampak lekuk lesung pipit di pipi je. Anak bertuah. Masa lepas beli hadiah pun Ummi dah siap pesan, jangan malu-malu. Dia kata “Agaknya Syamil dapat hadiah apa nanti ek?” Amboi dalam malu teringin juga rupanya hehe. Ummi ni fikirannya jauh sangat memikirkan yang si anak tu nanti malu nak terima hadiah dari kawannya. Almaklumlah, anak bujang Ummi ni pemalu level langit ke tujuh. Nak bercakap pun macam ada sebongkah emas dalam mulut. Ummi doakan dah besar nanti Syamil betul-betul jadi taukey emas hehe. Oklah, nanti kita tunggu gambar dari cikgu-cikgu PASTI dan respon dari Syamil untuk aktiviti di sekolah. Till then, babai!

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Sesi Tukar Hadiah Abang Syamil & Kawan-kawan Sempena Sambutan Hari Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!