Mencuba Wonda 3-in-1 Premium Coffee

Foods Review

Mencuba Wonda 3-in-1 Premium Coffee | Semenjak dua menjak pandai minum kopi ni, nampak gayanya dah semakin ketagih kopi. Barulah Ummi faham perasaan orang yang “Coffee Addict”. Macam ni rupanya. Tak keruan kalau tak minum secawan. Ecehhh. Sebelum ni Ummi memang suka minum Wonda Coffee dalam tin. Oppssss jangan diamal selalu ya hehe. Kali ini Ummi nak mencuba Wonda 3-in-1 Premium Coffee pemberian Mommy Ngah.

Dalam satu pek ada 3 sachet pelbagai perisa, ada Premium Coffee Mocha, Kopi Tarik dan Premium Coffee Original. Tapi pek ni NOT FOR SALE. Ummi tak tahulah ada jual kat mana-mana ke tak.

Sebelum memulakan kerja, Ummi bancuh secawan Wonda 3-in-1 Premium Coffee, Kopi Tarik. Perghhh sedap dapat menghirup kopi panas. Tak sedar habis secawan hehe. Sekarang Ummi tengah kemaruk minum Kopi 434, Sai Kee Kopi Muar pemberian sepupu Ummi, Maisarah. Patutlah ramai suka. Sedap rupanya. Inilah cerita Ummi Ilhams yang baru setahun dua berjinak-jinak dengan dunia KOPI ;p

Loading

Related Posts

6 thoughts on “Mencuba Wonda 3-in-1 Premium Coffee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!