Kelas Online Loose Floral Arts Bersama Zenu Arts

Hernee Nazir Arts

Kelas Loose Florals Art Bersama Zenu Arts | Alhamdulillah, setelah sekian lama menyimpan angan-angan untuk mengikuti kelas loose floral arts, akhirnya Ummi selitkan sedikit masa yang terhad ni untuk terapi diri dalam dunia seni. Walaupun diri ini tak berapa nak berseni, tapi minat pada seni tu memang mendalam. Sebelum ni Ummi syok melukis doodle, sekarang kita kembangkan sedikit ilmu seninya. Dah lama tak bermain dengan berus dan water colour. Selalunya melayan projek seni anak-anak je. Kali ini, hujung-hujung cuti tanpa gaji, Ummi layan loose floral arts. Mana tahu boleh jana pendapatan nanti.

Sebenarnya Kak Zenu ni, adik beradik dari Bengkel Buku Kisah Hidup Legasi Emak. Ummi selama ni nak cuba masuk kelas adik Kak Zenu, Arts by Rina tapi masih ada kekangan masa. Bila dah jadi kawan di facebook dan nampak pula Kak Zenu buka kelas online, teruslah Ummi daftar diri sendiri hehe.

Jom tengok hasil dari sesi pembelajaran secara online. Ini baru unit 1 hingga 6. Ada 14 unit lagi sebelum selesai kelas ni.

Antara peralatan yang diperlukan sebelum memulakan kelas melukis online:

  • warna air 10-12 warna sebarang jenama
  • berus lukisan – “ round brush “saiz 6 ‘
  • kertas 200gsm untuk latihan melukis
  • tisu dapur
  • pinggan @ bekas seramik putih untuk cairkan warna air ( boleh guna pallett plastik)
  • secawan air

Hasil lukisan dan teknik stroke asas.

Hasil lukisan dan teknik dot stroke. Lukisan bunga Caspedia dan bunga Astible.

Hasil lukisan dan teknik single stroke. Lukisan bunga Daisy dan Corn Flower. Abaikan Corn Flower Ummi yang mengepak tu hahaha. Cubaan pertamalah katakan.

Hasil lukisan dan teknik split stroke. Lukisan bunga matahari dan bunga.

Hasil lukisan dan teknik C- Curve stroke. Lukisan bunga Raniculus.

Hasil lukisan dan teknik C- Curve stroke. Lukisan bunga Ros.

Ini semua jenis bunga yang tekah pun Ummi pelajari. Ummi berlatih semula di kertas lukisan yang lain. Ada yang menjadi dan ada yang perlu ditambahbaik terutamanya bunga matahari dan Secara keseluruhan, dari pelajaran unit 1 hingga 6 memang sangat memuaskan hati Ummi. Tak sangka keras-keras tangan Ummi ni jadi juga buat bunga ros yang selama ini Ummi rasa sangat susah untuk buat kelopak-kelopaknya. Mind setting! Padahal nak melukis kelopak bunga ros tu senang sangat. Nanti Ummi nak cuba mendoodle bunga ros pula.

Oklah, setakat ini saja perkongsian pertama untuk Kelas Loose Florals Art Bersama Zenu Arts. Nanti bila dah bertambah lagi ilmu, Ummi akan kongsikan ya. Abang Ilham pun dah tak sabar nak tunggu Ummi turunkan ilmu loose floral arts ni pada dia. Insha Allah, bila Ummi dah mahir nanti Ummi turunkan ilmu-ilmu ni pada anak-anak.

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Kelas Online Loose Floral Arts Bersama Zenu Arts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!