Buku Kisah Hidup | Coretan Maal Hijrah 1442H

Buku Kisah Hidup

Buku Kisah Hidup | Coretan Maal Hijrah 1442H. Salam Maal Hijrah 1442H. Alhamdulillah, 14 tahun berkecimpung dalam bidang penulisan blog dan kini sedikit demi sedikit membuat penghijrahan ke penulisan buku. Memang sesuatu yang di luar jangkaan. Tapi ia bukan sesuatu yang mustahil jika kita berusaha ke arah itu.

Dari penulisan blog yang santai, aku cuba untuk tambah baik cara penulisan. Menjaga setiap susun atur perkataan tanpa merosakkan bahasa agar mesej tetap sampai di hati pembaca.

Pernah seorang sahabat menegur, “Pandai ek kau menulis blog. Kau ambil subjek sastera ke?”

Aku tersenyum sambil membalas, “Nak menulis blog tak perlu sijil SPM. Menulislah dari hati. Insha Allah apa kita sampaikan dan kongsikan mampu memberi impak pada pembaca.”

Jangan kata budak “Sains Pertanian” tak pandai menulis macam budak “Kesusasteraan Melayu” ya. Apa yang penting usaha untuk menambah ilmu. Memang sejak azali aku lebih suka kepada subjek membaca dari mengira. Walaupun subjek membaca tak lah secemerlang mana.

Sebenarnya peluang menulis buku antologi pertama bersama rakan-rakan penyokong tegar susu ibu aku lepaskan begitu saja tahun lepas. Entahlah. Sungguh! Tak ada kekuatan hendak menulis pengalaman baru dalam penyusuan susu ibu buat anak istimewa sumbing bibir dan lelangit. Mungkin akan datang aku usahakan juga. Berkongsi kisah suka duka pengalaman hidup yang sangat berharga.

Tapi peluang kedua ini, tak mungkin aku lepaskan. Terima kasih untuk sahabat Nurul Asyikin Ngadiso dan pembimbing Mak Sri Diah Shaharuddin yang sudi memberi peluang dan tak jemu mencurah ilmu. Bila mana Mak memberi tugasan, berdegup kencang jantung. Bukan tak biasa menulis, cuma bila ada tugasan beerti hasilnya perlulah ada penambahbaikan.

Insha Allah, semoga penulisan pertamaku nanti mampu memberikan sedikit saham di sana.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan naskhah ini, boleh pre order dan klik link di bawah.

wasap.my/60146106331/BKHlegasi_emak

Penulis Pemula,
Hernee Nazir
https://herneenazir.com

Jom like page HERNEENAZIRDOTCOM

Loading

Related Posts

6 thoughts on “Buku Kisah Hidup | Coretan Maal Hijrah 1442H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!