14 July 2020 | Ilham Syahmi Turns 9!

Family's Birthday My Hero Kechik - Ilham Syahmi

14 July 2020 – Ilham Syahmi Turns 9! | Assalamu’alaikum. Alhamdulillah genap 9 tahun Abang Ilham hidup di muka bumi. Dah besar dah anak sulong Ummi ni. Kekadang tenung muka dia tu tak sangka, dia lah yang pertama beri gelaran ibu pada Ummi. Tapi time dia buat perangai Ummi rasa macam nak makan dia ye gak hahaha.

Hari ni dia merengek nak suruh Ummi buat birthday party dia. Siap cakap jemput keluarga je macam birthday Syamil. Sebenarnya dia tak tahu, Ummi, Mommy Ngah and Ibu Aien dah plan nak buat BBQ malam Sabtu ni gabung birthday Ariq. Kami saja je nak buat surprise. Hadiah dari Ummi pun belum sampai lagi hahaha. Dia nak sweater Ummi beli je kat Shopee ekekeke.

Malam tadi dia cakap “Boleh tak Ummi masakkan makanan kegemaran Ilham sempena birthday?”. Ummi tanya nak makan apa. Dia jawab “Masakkan asam pedas ayam” hahaha. Tergelak kejap. Sedih betul birthday boy nak asam pedas ayam je rupanya.

Lepas mandi tadi beriya nak pakai baju sepasang dengan adik-adik sempena birthday dia. Ummi layankan aje. Itu je gambar sempat Ummi snap sebab Syahid tak bagi kerjasama hahaha. Pasghah la abang ko dik. Baju ni Mommy Ngah belikan. Dia cakap nak pakai kalau Ummi buat birthday party dia hahaha. Ummi cakap mana boleh buat majlis musim PKPP hahaha. Tunggu jek lah majlis anak beranak Jumaat ni nanti.

Dalam masa yang sama hari ni kami menanti kehadiran ahli keluarga baru. Insha Allah Mama Cu bakal melahirkan seorang hero cucu ke 5 Tok Ayah. Harap-harap sama date dengan Abang Ilham senang nak celebrate tahun depan hehehe. Semoga urusan Mama Cu dan Uncle Cu dipermudahkan insha Allah. Ummi berdebar-debar ni. Pertama kali nak jadi emak saudara. Bila ingatkan rasa nak beranak tu adehhhh boleh kira dah ni berapa kali Ummi ulang alik toilet. Aduhaiii Ummi yang nervous kat rumah ni uii. Doakan Mama Cu selamat bersalin ya.

Ok till then, babai!

Loading

Related Posts

3 thoughts on “14 July 2020 | Ilham Syahmi Turns 9!

  1. Alaaa comelnmya baby boy pink hehehehe..
    Happy birthday Ilham Syahmi..Moga menjadi anak yang berjaya dan soleh dunia akhirat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!