“Water Propagation” Bagi Indoor Plants Versi Bajet

Ummi Ilham's Mini Garden

“Water Propagation” Bagi Indoor Plants Versi Bajet | Assalamu’alaikum. Acah-acah nak buat water propagation untuk indoor plants ala-ala mat saleh dalam instagram. Nak guna balang comel-comel tu tak ada. No hal babe! Tak payah kemurungan. Ada cara bajet buat apa nak pening-pening ye dok. Hobi kita kadangkala memang memerlukan kita mengeluarkan sedikit bajet, tapi kalau kita bijak, tak keluar bajet pun kita masih boleh meneruskan hobi kita dengan konsep “guna je apa yang ada” gitewwww.

Ummi gali gobok jumpa khazanah lama arwah emak, gelas comel free gift beli ubat gigi Darlie ?

?
. Asal boleh je Ummi ko ni. Ada 3 biji kembar gelasnya. Ok la tu kan untuk 3 jenis pokok comel ni..

"Water Propagation" Bagi Indoor Plants Versi Bajet
Abaikan caption Marble Queen tu ya.. supposed to be “Njoy Photos”

Dari kiri Golden Photos, Monstera Adansonii & Njoy Photos.

Tadah air, masuk dalam gelas, potong keratan pokok tu sikit dan rendam.. nanti dah elok berakar dan membiak kita alih dalam pasu.. sepasu kita jual harga y*hudi sikit.. acah je.. tak jual ok ?

?? Jangan lupa rajin-rajin gantikan airnya dalam 3 hari sekali. Kang nanti jadi penternak nyamuk yang berjaya pulak.

“Water Propagation” Bagi Indoor Plants Versi Bajet

Latest update, sebelum Ummi berkampung di hospital hari tu, Ummi tambah moss/ lumut yang Ummi beli di nursery dalam setiap gelas. Ummi takut kot-kot Babah terlupa ganti air naya nanti. So inilah rupa selepas di tambah moss. Ummi check akarnya bercambah dan nampak ada daun baru naik. Alhamdulillah. Kalau ok, Ummi biar je dia hidup bersama dejamoss tu.

So kalau korang nak try water propagation versi bajet boleh la buat cara Ummi ni ya. Selamat mencuba!

FOLLOW INSTAGRAM – UMMI ILHAM MINI GARDEN

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!