Resipi Tepung Pelita Mudah & Sedap

Dari Dapur Hernee Nazir Ramadhan Al-Mubarak

Resipi Tepung Pelita Mudah & Sedap | Assalamu’alaikum. Hari ke 8 Ramadhan teringin pulak nak makan tepung pelita yang buat sendiri ecehhh. Ni pertama kali la Ummi cuba buat tepung pelita. Bulan puasa memang gitu lah. Baru la nak cuba buat semua hehehe. Tapi Ummi punya tepung pelita versi pakai mangkuk jek lah hehehe. Tak kuasalah nak buat sampan dia tu hahaha.

Jom tengok resepi dari Facebook Puan Wan Nurul Hidayah .


RESIPI TEPUNG PELITA MUDAH & SEDAP


BAHAN-BAHAN:

Untuk bahagian hijau

1 cawan gula
1 cawan tepung beras (Ummi guna brand Jati ~ redho je Babah beli brand tu hehehe)
4 cawan air
1 sudu besar pewarna hijau epal
2 helai daun pandan – dikisar (Ummi yang tambah sendiri)

Untuk Bahagian Putih

4/5 sb tepung beras
200-250 ml santan kotak
3 cawan air
1 sudu kecil garam

CARA-CARA:

1. Masak Bahagian Hijau

Satukan kesemua bahan untuk bahagian hijau ke dalam periuk. Kacau hingga sebati. Pastikan dimasak dengan api yang sederhana hingga pekat. Kacau berterusan, jangan berhenti kacau sebab nanti adunan menjadi berketul-ketul. Kacau lebih kurang dalam 10 hingga 15 minit. Adunan dah pekat dah. Jumlah masa nak buat ni lebih kurang 1/2 jam sahaja.

2.Tuang Dalam Bekas

Bila dah agak likat, terus masukkan panas-panas dalam bekas. Ni bekas-bekas Ummi kumpul hahaha. Lupa suruh Babah belikan bekas baru.

3. Masak Bahagian Putih

Untuk masak bahagian putih, caranya sama juga seperti di atas. Masak atas api hingga sebati dan pekat atau sampai ada buih besar meletup. Jenuh juga bahagian putih ni nak memekat hahaha.

4. Tuang Atas Bahagian Hijau

Bila bahagian putih yang dimasak tu dah likat, boleh tuang di atas lapisan hijau. Tuang masa tengah panas-panas tau. Abaikanlah permukaan yang ada rata ada kerepot tu. Tepung pelita ni macam muka kita juga kadang cantik molek licin ada masa kena serang jerawat hurmmm menggerutu sana sini ehehhe.

Alhamdulillah dapat 7 bekas jamah sorang semangkuk. Bagi Nenek, Mommy Ngah, Mama Cu, Yap, Abang Ali jirang belakang rumah dan Fitri anak buah Babah. Semangkuk lagi untuk tuan rumah hehehe.

Haaaa posing sikitlah. Hasil Tepung Pelita menggunakan santan kelapa Ayam Brand. Sejukkan di dalam peti sejuk, lepas berbuka kita makan. Yummeeehhhhh sedap awak. Feedback dari orang-orang yang Ummi bagi pun kata sedap hehehe. Alhamdulillah Allah tolong bagi sedap. Jadilah cubaan pertama kan. Insha Allah tahun depan boleh buat lagi hahaha.

Selamat mencuba!

Baca juga: Senarai Menu Berbuka Puasa Ramadhan 1441H

Loading

Related Posts

One thought on “Resipi Tepung Pelita Mudah & Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!