Resipi Nona Manis Pandan

Dari Dapur Hernee Nazir Recipes

Resipi Nona Manis Pandan | Assalamu’alaikum. Cerita menu berbuka puasa hari pertama. Dengan konfiden level yang tinggi Ummi berusaha membuat kuih Nona Manis Pandan walaupun hakikatnya Ummi lebih suka jagung hahaha. Ummi sebenarnya bab-bab kuih muih ni kekadang kelaut sikit hahaha. Macam tak syok pulak kan hari pertan tak ada buat kuih ke apa-apa makanan tambahan selain nasi. So here we go.. “Nona Manis Pandan Menyamar Jagung”. Kenapa Ummi kata menyamar jagung? Korang tengoklah tu warna dia meriah macam warna jagung. Padahal dia pandan tak ada sikit pun rasa jagung. Nanti kat bawah tu korang tahulah sejarah nona manis ni bertukar warna hahaha.

Ok jom tengok resipinya yang Ummi ambil dari Blog Kak Azlita Masam Manis.


RESIPI NONA MANIS PANDAN

Kredit resipi dari blog: Azlita Masam Manis


Bahan A

1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan (Ummi guna santan Ayam Brand, campur air sikit jadikan 1 cawan)
1 cawan tepung gandum

Pukul telur hingga kembang menggunakan blender.
Sediakan satu bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata. Campurkan dengan telur dan pukul atau kacau rata.
Bila dah siap ketepikan.

Bahan B

1/2 cawan santan pekat ~santan Ayam Brand
1/2 cawan air pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple (oleh kerana tak ada warna hijau tangan tergatal letak warna kuning hahaha)
sedikit emalco pandan (optional) ~ tak letak sebab tak ada hehe

Ambil  5 helai daun pandan yang sederhana besar. Nasiblah Ummi ada sepokok daun pandan ni ha. Lepaslah buat nona manis satu adunan kan.

Kisar daun pandan dalam blender bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis.
Satukan air pandan dan santan.

Inilah air daun pandan yang dah dikisar. Bukti ni yang asalnya dia memang warna hijau hahaha.

Ini dia setengah cawan santan Ayam Brand.

Kemudian campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam, emulco pandan (optional) dan sedikit pewarna hijau apple jika warna hijau pandan kurang menyerlah. Ceritanya Ummi memang tak ada pewarna hijau apple tu. Entah la semua kedai tak ada stok. Pasrah jek lah. Yang ada cuma pewarna kuning. Tangan ni gatal je bila tengok warna hijau pandan tu tak menyerlah. Teruslah Ummi ambil pewarna kuning nak tambah sikitttttttttt je kononnya. Sekali tangan ni boleh pulak tertuang banyak sampai jadi kuning jagung. Adehhhhh. Gelak sesorang duduk dapur tau. Gasaklah kuning pun boleh. Itulah sejarah nona manis pandan ni menyamar jadi nona manis jagung.

Ok, next kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat

Satukan Adunan bahan A dan bahan B. Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin. Dah siap boleh ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan Putih

Bahan C

1 cawan santan pekat ~ 1 kotak santan Ayam Brand campur sedikit air untuk dapatkan 1 cawan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam

Satukan semua bahan C, kemudian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat.

Tunggu dia suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik (bahagian hujung bag plastik ). Ummi tak ada piping bag, Ummi masukkan je dalam plastik letak bahagian bucu hahaha.

Acu kuih lompang ni kan umur dia dah 5 tahun dah hahaha. Sejak Syamil baby, masa Ummi rajin meroti Ummi beli acuan ni. Masa tu rajin cari bahan-bahan buat roti. Kekonon la capai sekali acuan ni. Sudahnya haaaa tahun 2020 baru ko digunakan haha. Oleskan acuan lompang dengan minyak jagung. Ummi pakai minyak biasa je :p

Tuangkan adunan hijau (tapi dah jadi kuning :p) dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang. Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang
Susun dalam kukusan. Kukus selama 7 hingga 10 minit.

Skill kelaut hahaha. Comot benor rupa adunan warna putih tu.

Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.

Angkat dan biarkan sejuk sebelum dikeluarkan. Fuhhhh siap juga Nona Manis Pandan Ummi ni hahaha. Dapatlah berapa puluh ketul buat jamah-jamah family. Yang duk depan ni yang bulatan putih dia nampak molek sikit la. Yang lain kelaut kahkahkah.

Nampak tu memacam rupa ada hahaha. Jadilah buat makan sendiri. Yang penting rasa memang tak mengecewakan. Sedap kauuuu hahahaha. Puji diri sendiri. Terima kasih resipi yang sedap ni.

Tengah duk mengukus ada lah sorang budak datang kat Ummi.

” Ehhhh Ummi macam kenal je kain yang Ummi balut ni.. macam baju sekolah agama Ilham je”

“Kahkahkah.. memanglah.. baju masa Ilham darjah satu. Mana guna lagi. Ummi gunakan lah jadi pembalut kukus ni hahahaha”

Sorry Abang Ilham. Emak-emak kena kreatif di dapur ekekeke. Itulah perkongsian hasil membuat Nona Manis Pandan yang penuh pancaroba. Lepas ni entah bila la Ummi nak buat lagi. Beli jek lah kot :p

Korang yang tak pernah cuba buat, silalah cuba ok! Stay safe at home and let’s cooking!

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Resipi Nona Manis Pandan

  1. kantoi sebab nampak lencana kat baju tu kan..hahahah…
    dulu ikut resepi mana entah, tak menjadi..kotlah aku tak pandai tak taulah..
    Nanti nak try buat lagi..Tapi tulah, acuannya minah dua orang tu dah main pondok-pondok.

  2. Ye lee kenapa jadi kuning ek, mungkin sebab tepung jagung tu, daun padan xjd warna..kena letak pewarna..rasanya laaaa tapi takpe, janji kuih nona manis, bukan jadi karipap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!