Perutusan Khas Perdana Menteri – 10 Mei 2020

MCO Memories

?

PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI – 10 MEI 2020 ?

‼️

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020 (tambahan 4 minggu).

‼️

Perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya TIDAK DIBENARKAN.

‼️Ziarah menziarahi DIBENARKAN dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang dalam satu-satu masa.

‼️TIADA jamuan besar-besaran atau rumah terbuka.

‼️Setiap keluarga mestilah mematuhi SOP kesihatan seperti penjarakan sosial, pemakaian penutup mulut & hidung dan amalan kebersihan kendiri penggunaan hand sanitizer sepanjang sambutan perayaan ini dan pastikan rumah sentiasa bersih.

‼️Elakkan berada ditempat yang sesak atau tertutup. Nak sembang dengan tetamu sila jangan rapat-rapat.

‼️PM TSMY pesan sekali-sekala boleh dengar lagu dendang perantau.. jangan selalu nanti sayu ?

? Ada yang senyum ke tu? Jangan suka ria sangat ya yang dapat balik beraya dalam negeri tu.. patuhi SOP kesihatan.. ingat COVID-19 adalah MUSUH SENYAP YANG KITA TAK NAMPAK, BOLEH MENYERANG KITA BILA-BILA MASA DAN DIMANA SAJA. Hati-hati ok!

? Yang ada family ramai.. boleh la sesiap plan adik-beradik buat jadual balik kampung (dalam negeri) supaya tak lebih limit 20 orang..

Dengan anak yang masih kecil dan yang “special” sorang ni.. Ummi tetap pilih stay at home.. NO raya-raya.. ? Untuk yang nak datang beraya.. MAAF hati Ummi belum terbuka untuk menerima tetamu di hari raya.

Stay safe! Stay at home!

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!