Menu Berbuka Puasa – 4 Ramadhan 1441H

Dari Dapur Hernee Nazir Ramadhan Al-Mubarak

Menu Berbuka Puasa – 4 Ramadhan 1441H | Assalamu’alaikum. Menu berbuka puasa hari ke 4 Ramadhan 1441H. Lega weh hati bila Babah jumpa kerang kat Mydin hahaha. Kedai Acheh kat sini susah betul nak muncul kerang ni. Ke cepat sold out tak pastilah. Selagi tak dapat kerang selagi tu lah Abang Ilham berzikir kerang. Jom tengoklah apa yang kami makan.

Menu utama, Kerang Sambal. Abang Ilham suka yang jenis masak bersama kulit macam makan kat kedai tu. Ikut Ummi dia lah tu hahaha. Sebelum masak make sure basuh kerang sebersih-bersihnya ok.

Oleh kerana macam tak berapa nak berkuah, jadi Ummi masak Asam Rebus Ikan Kembung Bersama Nenas atau Gulai Nenas Bersama Ikan Kembung. Gitulah namanya. Menu favourite arwah emak rajin masak. Biasanya kalau tak letak ikan, emak akan gandingkan dengan sambal belacan lada kering curah minyak. Ya ampun sedap. Lagi satu tambah ikan selar kuning goreng garing. Alahai rindu air tangan emak.

Ummi malas masak sayur, jadi timun kita ulamkan. Buah-buahan kita makan buah naga versi putih. Ummi is redho sebab ada orang tu konfiden kata dia beli naga merah hahaha.

Rezeki dari dapur Mommy Ngah. Kuih dadar tu nampak macam tak bermaya je warna dia. Rasa sedap ok. Kuey tiaw goreng tu berebut anak beranak. Orang beri memang sedap. Sudahnya Ummi mengalah. Makan taugeh dengan kucai uhukkk. Batu belahhhhh batu bertangkup.. ?

Murtabak Daging Babah beli di PTP.

Ini pun Babah beli kat PTP, Boko Ubi, Tepung Pelita dan Sagu Gula Melaka. Ummi pesan kalau nak beli, sila beli kuih yang dimakan. Jangan kuih yang tak berapa suka dibeli nanti membazir.

Alhamdulillah itulah menu berbuka puasa kami. Sahur macam biasa makan nasi dengan lauk yang sama.

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Menu Berbuka Puasa – 4 Ramadhan 1441H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!