Cara Untuk Dapatkan SIM Card Percuma 40 GB Data dari YES 4G (YTL Foundation)

Homeschooling Info Sharing

Cara Untuk Dapatkan Simcard Percuma 40 GB Data dari YES 4G (YTL Foundation) | Assalamu’alaikum. Ummi nak kongsikan cara-cara untuk mendapatkan SIM Card PERCUMA 40GB data dari YES – YTL Foundation. Macam yang korang semua tahu, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya sesi pembelajaran murid-murid secara online di bawah kelolaan guru kelas masing-masing.

Alhamdulillah Abang Ilham dan Abang Syamil tak terlepas dari pembelajaran secara online. Terima kasih untuk cikgu-cikgu SKTD dan PASTI Ar-Rahman 1 yang terus memberikan komitmen dalam memastikan pelajaran murid-murid tidak diabaikan sepanjang tempoh PKP.

Ok back to the topic, masa cikgu share link untuk dapatkan simcard percuma dari YES ni, Ummi pun saja la klik cuba nasib. Isi details bagai, dan alhamdulillah 2 3 hari selepas tu ngam-ngam 1 April sim card nya dah sampai. Kalau korang nak dapatkan SIM Card PERCUMA ni boleh register di link di bawah ni ya.

SIM CARD PERCUMA 40GB YES 4G

Layari https://shop.yes.my/shop/onlineSaleRegister.do?itemCode=100358Y&lang=EN

Isi butir-butir yang diminta seperti gambar di bawah:

Korang juga diminta untuk mengambil gambar selfie bersama kad pengenalan hehe. Tetiba kelakar pulak ingatkan muka Ummi selfie dengan IC hahaha. Klik declaration dan klik proceed. Tunggu confirmation dari YES 4G melalui SMS yang menyatakan permohonan korang lulus atau gagal. Sekiranya lulus SIM Card akan dipos ke alamat yang korang berikan semasa pendaftaran.

Ada 40GB data untuk 2 bulan secara PERCUMA.

Cara Untuk Dapatkan SIM Card Percuma 40 GB Data dari YES 4G (YTL Foundation)

Nasib baiklah ada handphone ASUS lama Babah ni. Walaupun dah tahap hidup segan mati tak mahu, berguna juga nak masukkan SIM Card ni hahaha then sahre la hotspot. Alhamdulillah coverage YES elok je 4G kat kawasan rumah kami. Laju je internet.

Haaaa mereka sedang berbahagia menggunakan data percuma dari YES 4G hehe. Thanks YES 4G. Jadilah dapat buat back up untuk diorang study online. Abang Ilham tu tengah jawab kuiz English di Google Classroom. Abang Syamil tengah buat latihan Jawi di buku latihan. Lepas siap study memasing ambil kesempatan nak jengah youtube. Kasi can lah upah jaga adik hehehe.

Info lanjut korang boleh check di:

Facebook – YES 4G

Cara Untuk Dapatkan SIM Card Percuma 40 GB Data dari YES 4G (YTL Foundation)

Baca juga: Cara Mudah Pembiakan Pokok Lidah Mak Mentua Menggunakan Air (Water Propagation)

Loading

Related Posts

3 thoughts on “Cara Untuk Dapatkan SIM Card Percuma 40 GB Data dari YES 4G (YTL Foundation)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!