PERMOHONAN i-LESTARI SECARA ONLINE
Ikuti 9 langkah mudah berikut bagi permohonan baharu:
1- Layari https://ilestari.kwsp.gov.my/
2- Pilih PERMOHONAN BAHARU
3- Isikan Nama Penuh, No. MyKad, No. Telefon Bimbit, Alamat e-mel, Alamat dan Poskod
4- Pilih jumlah Amaun Dimohon Sebulan (RM)
5- Pilih Bank dan masukkan Nombor Akaun Bank (Simpanan/Semasa) Aktif
6- Tanda pada kotak pengesahan pengakuan pemohon
7- Baca dan fahami Perakuan Pemohon dan tekan butang SETUJU
8- Pastikan semua maklumat yang diisi adalah BETUL dan TEPAT sebelum menekan butang HANTAR
9- Permohonan pengeluaran anda telah berjaya dihantar.
SEMAK STATUS PERMOHONAN i-LESTARI
Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan.
Cara-cara menyemak status permohonan i-Lestari:
- Pilih SEMAK STATUS PERMOHONAN
- Masukkan Nombor MyKad, Nombor Telefon Bimbit dan tekan SEMAK
- Status permohonan akan dipaparkan bagi tujuan semakanSelamat mencuba! Sila gunakan wang anda dengan berhemah kerana kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di masa akan datang.
Maklumat berguna untuk semua pencarum KWSP. Thanks for sharing.