Restock Barang Dapur

Dari Dapur Hernee Nazir

Restock Barang Dapur | Assalamu’alaikum. Alhamdulillah dah masuk 3 minggu bertapa di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni. Aktiviti memasak jangan cakaplah, memang tak kering tangan. Bukan Ummi saja kan, ibu-ibu lain pun sama. Macam-macam menu muncul bila dah duduk rumah. Syukurlah masih diberi nikmat memasak untuk suami dan anak-anak. Weekend Ummi macam biasa top up bahan-bahan masakan. Rasa satu kebahagian tanpa penghujungnya bila buka peti sejuk stok lada kering, bawang besar, bawang putih, halia dan kunyit dah siap blender. Main ingredients dalam masakan memang kena sentiasa ada untuk memudahkan proses memasak dan menjimatkan masa di dapur. Ummi tak tahu la orang lain macamana. Tapi Ummi memang dah diasuh oleh arwah emak macam tu. Yang baik kita ikut ye dok.

Hari Sabtu juga masa untuk Babah restock keperluan basah dan kering. Jadi Babah tak perlulah asyik ke kedai nak membeli barang, kuranglah risiko berjumpa orang ramai. Minggu ni stock ayam, ikan, udang dan sotong. Tambahan Babah teringin nak makan sup kambing hahaha. Yang dalam plastik tu sebenarnya stok healthy food dari Mamasado. Kekonon Ummi beli untuk stok lunch di office. Bila dah PKP ni, malas pulak nak panaskan healthy food ni kat dalam microwave. Lagi pun dah lama tak guna microwave tu, entah berfungsi lagi ke tak hahaha. Stok-stok lain, ada Ayamas, kentang goreng, kacang edamame, stok homemade frozen food Syahid, meat stock untuk bubur Syahid dan stok aiskrim Syamil.

Tingkat atas ada stok sos perapan BBQ Mamasab senang la Ummi nak buat BBQ ayam ke kambing.Tengah-tengah ada stok karipap, kek, cheese, roti burger. Bawah sekali paling penting stok buah-buahan, sayur-sayuran, susu Farm Fresh, Milo Syamil hehe. Tak ada buah-buahan rasa tak lengkap hehhe.

Mudah-mudahan rezeki yang ada dapat digunakan sebaiknya. Selagi boleh berjimat kita jimat ya. Kita tak tahu apa akan jadi pada ekonomi akan datang kesan daripada wabak COVID-19 ni. Bersedialah dengan apa jua kemungkinan. Insha Allah rezeki yang ada haruslah diutamakan untuk makanan keluarga. Abaikanlah dulu nak shopping online bagai. Ummi siap dah explain kat anak-anak. Kalau PKP masih diteruskan sehingga raya, kita takkan beraya. Kita beraya dalam rumah sesama kita. No baju melayu raya for this year. Diorang ok je. Babah lagi la ok, sebab dia memang tak berapa gemar pun asyik bertukar-tukar baju raya setiap tahun hahaha.

Untuk semua, stay at home! Tahniah sekiranya dapat bantuan dari pihak kerajaan. Gunakan duit tu sebaik-baiknya ok.

Loading

Related Posts

6 thoughts on “Restock Barang Dapur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!